Thursday, November 24, 2011

Ish!



Tertekan gila guwa tgok vid pre wed neh. Kiut nk mati baq hang!

Tuesday, November 22, 2011

Ketentuan

It makes be believe that i'm not alone.

"Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu, tapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku serta ayah kepada anak-anakku, kau yang bersama perjalananku nanti, aku percaya kau sedang membaiki dirimu, memantapkan dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak "

Hang ado?

Sunday, November 20, 2011

Cuma Lima Ringgit Maleis

Kambing gila!


Bila hang ada 5ringgit untuk hidup dan hang baru lepaih pau mak hang satu ratoih ringgit seminggu lepaih, hang akan rasa macam orang paling miskin sekali dalam seantero alam neh. Perkara neh real dan betoi2 jadik kat salah seorang penuntut kolej yang scholarshit nya disponser khas oleh kerajaan Maleis.

Bangang. Ha, penuntut tuh guwa lah. Makhluk paling awesome dan superb skali. Tapi, di atas musabab kekurangan kewangan, kesuperban guwa teroih merudum. Mak aih! Bayangkan lagik yang kaki makan kena ikat perut untuk tunggu duit scholarshit nya masuk minggu depan. Seksa woi. Biaq talipon bimbit kering tanpa kredit takpa. Jangan perut kering dah. Guwa xsuka slim2 neh. Macam budak2 Aprika xcukup makan jah. Ha, bila jadik time2 lagu neh, otak mula la dok pikiaq sapa yang penah hutang dengan guwa. Even 2kupang pon, Guwa akan perah otak untuk ingat. Neh semua akibat daripada makan xpenah ingat masa depan.

Guwa ingat beban kewaangan akan settle sampai bulan neh jah. Namun, hampa pasai bulan depan lagi bejuta duit nk kena pakai. Ada la dalam 4juta camtu. Peh, yang neh pulak disebabkan faktor guwa budak tahun akhir, Semester akhir kat kolej neh. Banyak gila laa prep yang terpaksa dilakukan. Mampoih dah.. Bila guwa total suma, last2 kewangan guwa untuk tampung kehidupan lagi sebulan cumalah 40ringgit Maleis. Yang tuh pong akan guwa gunakan untuk beli barang keperluan. Tudia. Tyme neh baru guwa nak glabah bewak baq hang. Tapi, disebabkaan guwa kool dan supeb, guwa diamkan saja. Gila nk glabah bewak sorang2. Mana macho lagu tuh.

Penah jugak guwa rasa nak keriau pasai duit neh. Tapi pikiaq2 balik, kalau guwa keriau pon, bukan guwa boleh jadik jutawan dgn segera. So, guwa tarik balik hinguih yang guwa simpan untuk keriau dan telan semula. Peh, kenyang jugak bila buat macam tuh.

Mak guwa plak macam taw2 guwa tengah kontang. Boleh dikatakan hari2 mak guwa tepon. Soklan plak macam besa dok tanya la.
"Ok ka ngah? xdak masalah? "
Guwa yang kool neh slamba jah jawab yang guwa koool,superb dan suma masalah terkawal. Padahal, guwa nak jah jerit kat mak guwa yang guwa tengah kontang. Tapi, guwa pikiaq2 lagi, sian plak mak guwa. Kija penat2, guwa plak nk mengabehkan reta. Ish, tapi kalau guwa yang xhabehkan reta mak guwa, sapa lagik?

So, lepaih dari neh, guwa rasa guwa nak jimat. If dulu guwa telan nasik sejuta bijik sepinggan, sekarang guwa ingat nk kurangkan sebijik dari nasi yang guwa telan. Dengan cara tuh, guwa boleh jugak jana ekonomi negara. Sekiang.

Friday, November 18, 2011

Korban

Kertas-kertas yang dilempar satu persatu ke muka Pensyarah kolej tajaan sepenuhnya oleh kerajaan itu bertaburan di lantai. Itu tanda pelajar-pelajarnya nya menunjukkan tanda puas hati mereka.

Keputusan peperiksaan yang diperolehi dengan cemerlang itu menjadikan para penuntut menjadi lebih berani untuk melakukan perkara di luar dugaan. Kata-kata sang pensyarah yang sering memperlekehkan para penuntut menjadikan mereka bertindak liar. Pernah sekali mereka dimalukan di hadapan penuntut junior. Katanya ;
" Kalau hampa luluih paper final neh,salji laa sini.."
"Alah, depa neh tin kosong ja. Tadak akai !"
. Semuanya menjadikan para penuntut tahun akhir seramai 99 orang itu bertindak ganas.

Setiap penuntut dibenarkan melakukan aktiviti akupuntur di kawasan yang digemari. Alatan yang digunakan adalah jarum bersaiz 19G. Satu demi persatu penuntut menyiapkan aktiviti yang disusun oleh ketua program. Jarum yang diperolehi daripada ketua program dibenamkan tepat ke sudut yang digemari. Kelihatan bahagian muka menjadi sasaran utama. Jarum bersaiz 19G kelihatan indah berdiri di muka sang pensyarah. Cucuk, cucuk dan terus cucuk sehingga jarum ke 99.

Acara kedua adalah acara gores dan menang. Penuntut diminta menggores bahagian kaki atau tangan pensyarah dan mengenalpasti vena yang bewarna kuning keemasan. Jika ada,upacara ditamatkan. Vena kuning keemasan? Ah,wujudkan vena itu?. Penuntut pertama mula menggores. Objek yang digunakan; Garpu yang sudah suntuk usianya.


Tangan sang pensyarah dipilih untuk proses tersebut. Goresan pertama cuma mampu mencalarkan kulit tua si pensyarah. Namun,goresan kedua sedikit demi sedikit mula merobek kulit si tua itu dan isi mula kelihatan. Cairan pekat yang hanyir mula memenuhi setiap ruang apabila penuntut ke 99 mengambil alih. Gores,gores dan terus gores di segenap bahagian. Kelihatan serpihan isi bertaburan di lantai. Sedikit demi sedikit. Vena kuning keemasan yang dicari2 tidak kelihatan. Namun,sang penuntut tetap ceria bermain bersama vena2 lain. Hanyiran darah menjadikan pemangsa lebih ghairah membaham si mangsa. Rakus.

Kelihatan penuntut semakin ghairah. Upacara terpaksa ditamatkan dan penunut di minta pulang ke kamar peraduan masing-masing bagi mengelakkan komplikasi berikutnya.

Sang pensyarah tua yang kelihatan keletihan mula merayu-rayu meminta dilepaskan. Esakan dan tangisan menjadikan ketua program tersenyum sinis.
"Puan jangan risau, sebentar lagi puan akan dihantar ke atas sana.."
ngomel si ketua program sambil di tangannya tergenggam sebilah kapak serta pisau pemotong.

************************************************************

Usai menguruskan majlis, Guwa segera pulang ke kamar peraduan. Ah, guwa perlukan rehat yang cukup. Penat benar menyusun atur majlis sebentar tadi. Untuk berikan kepuasan kepada yang lain, seseorang harus berkorban. Lalu; Sang pensyarah tua itu guwa jadikan korban malam ini.

*Senyum

Wednesday, November 16, 2011

Jalan penyelesaian

Bebanan masalah kewangan dan peribadi membuatkan guwa sering menjerit di dalam hati sendiri. Ah,mana mungkin guwa mampu bertahan sampai bila-bila. Guwa cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Dua perkara dalam satu masa membuatkan guwa hilang arah tuju kadangkala. Semuanya harus ada jalan untuk diselesaikan. Nekad.

Guwa mula berjalan mendekati dinding bilik di hostel yang guwa duduki sekarang. Kelihatan masih utuh binaanya walaupun sudah berusia lebih dari setengah abad. Guwa mulakan tujuan sebenar tanpa berlengah.


Hentak,hentak dan terus menghentak buat beberapa kali. Hentakan itu guwa padukan lagi untuk beberapa ketika. Hentakan pertama yang guwa benamkan di bahagian kepala membuatkan guwa berasa sedikit pening-pening. Diikuti hentakan kedua yang mampu menjadikn guwa biol dan berasa sedikit concussion. Hentakan ketiga dan hentakan seterusnya yang guwa kuatkan lagi telah mula menunjukkan respon kepada kesakitan.

Guwa diam cuma. Tidak menjerit mahupun mengeluarkan sepatah perkataan. Guwa cuma terus menghentak lagi dan lagi. Guwa rasa selesa begitu. Guwa lihat cairan pekat bewarna kemerahan mula memnuhi ruang frontal dan kepala guwa. Cairan pekat itu juga mula mewarnai dinding hostel yang dicat dengan warna light yellow. Cantik benar hasil seni yang guwa palitkan itu. Tersenyum.

Hampir beberapa ketika setelah guwa lakukan aktiviti pertama, guwa berhenti seketika. Memberikan peluang untuk aktiviti kedua untuk mula mengambil alih.

Pisau yang baru dibeli roomate guwa bebrapa hari lalu terus guwa capai di almari bersebelahan. Masih tajam karana belum digunakan untuk memotong apa-apa lagi. Ya, sini guwa rasmikan kau. Hahaha

Pisau yang guwa genggam erat-erat itu mula guwa tujukan tepat di bahagian anterior dada. Tujahan demi tujahan guwa hadiahkan. Misi guwa; Mencuci segala kekotoran dan masalah yang ada.

Setelah beberapa tujahan, misi utama dapat guwa jayakan. Guwa mula nampak bahagian jantung dan hati guwa. Guwa dengar orang selalu cakap; Kalau sakit pergi ke hati. Kalau sayang juga jatuh ke hati. Lantas,guwa rentap hati guwa dari tempat asal. Namun,sang jantung lebih menggahirahkan. Lalu,guwa ambil keputusan untuk rentap kedua-dua nya. Kosong.

Kedua-dua organ tadi guwa masukkan di dalam baldi yang selalu guwa gunakan untuk mencuci pakaian kotor guwa. Tapi,hari ini baldi itu bakal guwa gunakan untuk mencuci organ-organ guwa yang kotor itu.


Guwa masukkan setengah baldi air, dicampur dengan dua sudu besar sabun pelbagai jenis dan guwa mula cuci. Cuci perlahan-lahan sehingga bersih. Seketika, guwa terpandang botol hydrogen peroxide serta methylated spirit 70% yang tak sengaja guwa bawa pulang. Ah, dua benda yang boleh guwa gunakan untuk mencuci organ-organ yang sudah kotor itu! Guwa ambil, tuang dalam mangkuk dan rendam kedua-dua organ tersebut. Kelihatan buih-buih putih berkumpul di dalam mangkuk tersebut. Menunjukkan reaksi scientific Hydrogen peroxide dengan organ yang direndam tadi. 100% yakin dapat hapuskan semua !

Guwa tersenyum sambil bersandar di dinding yang guwa penuhi hasil seni itu tadi. Lantai juga tak guwa bazirkan keluasannya. Habis guwa ukir semua seni yang ada menggunakan percikan cairan pekat tersebut. Puas.

************************************************************

Seketika, bagaikan direntap, guwa terus membuka mata. Ah,mimpi rupanya. Kelihatan peluh membasahi pakaian yang guwa pakai sedari semalam. Guwa lihat jam di dinding sudah menunjukkan angka 7pagi. Roomate guwa sudah tentu ke tempat kerja kerana bilik guwa sunyi. Yang kedengaran cuma hiruk pikuk kanak-kanak yang sekolahnya bersebelahan dengan hostel guwa.

Lantas, guwa terus bangun cuci muka di singki. Guwa ngomel dalam hati sambil berkata;
"Peh,nasib baik mimpi. Boleh guwa rasa nikmat macam tadi buat kali kedua. Hakhakhak"

Usai cuci muka, guwa mula mendekati dinding bersebelahan yang masih bersih dengan cat light yellownya. Namun, beberapa ketika lagi, guwa yakin yang seni lukisan guwa akan guwa lakarkan di sana. Tunggu.

Imaginasi pertama di dalam mimpi mula guwa jalankan satu persatu. Ya,sebentar lagi guwa yakin masalah akan pergi dan lenyap dari kamus hidup guwa. Senyum.

Saturday, November 12, 2011

Famili

"Bapaku polang dari kerja,bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,boleh ku bawa ke sekolah.."

"Bapa suka? Yuniz pon suka. hihi"


Tukul seberat 5kg itu dihepas berkali2 tepat mengenai tulang frontal kepala si bapa. Menjadikan darah memancut keluar tanpa henti. Yuniz kelihatan gembira. Tersenyum, sambil tukul dihempas lagi ke sasaran yang sama buat kali yang entah keberapa. Usai dilihatnya isi dalaman terkeluar, di capainya pula pisau potong sayur sang ibu. Didekatinya si ibu dengan penuh senyuman.

"Ibu sayang Yuniz? Ibu, sayang x? Bu,jawab la! Bu!! Kenapa taknak jawab! Bu tak sayang Yuniz eh? sampai hati!!! "

Sang pisau yang hampir tumpul pula menjadi modal si anak kecil melepaskan amarah. Sang ibu yang sedari tadi diikat di kaki meja dan ditutupi mulut cuma mampu menjerit lemah melaung2 minta dilepaskan. Namun, tiada lagi perasaan belas kasihat. Tangan si ibu dilapah satu persatu. Urat-urat besar yang mampu dicapai dikerat perlahan-lahan. Mata pisau ditarik disorong perlahan-lahan. Sekali lagi tragedi berdarah berlaku. Bau hanyir darah menaikkan amarah si anak kecil. Usai disiat tangan, bahagian abdomen menjadi sasaran kedua. Mata pisau yang tumpul dihunus seperti pendekar yang sering dilihatnya di kaca telivisyen. Cucuk,tarik,cucuk,tarik. Lunyai kelihatan isi perut sang ibu. Puas; ditinggalkan sang ibu yang hampir dipaut nyawanya oleh sang malaikat yang ditugaskan.

Tugas belum berakhir. Si anak kecil duduk di kerusi kayu di bahagian ruang tamu. Menunggu ketibaan sang abang. 2o minit cuma, si abang pulang ke rumah. Perlahan si anak menyorok di tepi pintu.

"KREKK..KREKKK"

Kedengaran bunyi pintu dikuak. Sang abang mula melangkah masuk. Si anak yang sedari tadi menunggu terus menerkam si abang yang baru pulang entah dari mana. Terkaman dari belakang mengejutkan si abang. Si anak kecil dilemparnya ketepi. Jatuh tertiarap. Kelihatan ada cecair pekat kemerahan di situ. Namun, sebelum dilempar jauh ke tepi, Si anak sempat membenamkan pisau yang digunakan untuk sang ibu tepat di lahir sang abang.

Senyuman terukir di bibir sang anak. Sang abang kelihatan menggelupur menahan sakit. Situasi berdarah ketiga terjadi lagi. Sang anak mula mendekati.

"Abang Man sakit? Yuniz mintak maaf okay. Yuniz cuma taknak kita sama2 sakit. Bye2 Abang Man!"


Pisau yang masih terbenam dikeluarkan dari vena jugular. Gergaji yang dicapai dari almari belakang rumah digunakan untuk tugas ketiga. Kelaran pertama di mulakan dari tangan. Semahunya, semua bahagian badan mahu di putuskan setiap satu darinya. Dia benci melihat semuanya. Namun, apa kudrat anak sekecilnya itu. Lalu,selarat yang mungkin sahaja dilakukan. Itu juga sudah mencukupi. Dikumpulkan semuanya di satu sudut. Kelihatan cantik hasil tangan anak kerdil seusia 11tahun itu.

************************************************************

"Lompat si katak lompat.
Lompat lah tinggi-tinggi.
Cepatlah adik cepat, cepat bangun pagi-pagi.."

Itu semua perkara 3 tahun lalu. Sewaktu Yuniz masih berusia 6tahun. Ditatang penuh sang anak. Disayangi nya sang anak yng baru mula mengenal dunia. Namun, Sejak pak Khalid mula diberhentikan kerja, semuannya berubah. Keluarga mula porak peranda akibat beban hutang. Yuniz dijadikan bahan amarah sang ibu dan bapa. Pukulan dan sepakan adalah makanan utamanya.

Sang abang yang terpaksa diberhentikan sekolah mula bercampul gaul dengan anak-anak muda yang nakal. Yuniz dijadikan bahan pemuas nafsu. Entah apa dosa si anak yang baru mahu mengenal dunia.

Namun, sekarang sudah tidak lagi. Di benci mendengar cerita rakan-rakan yang sering menceritakan kebahagiaan keluarga masing-masing. Dia cuma anak kecil yang punyai rasa cemburu seperti yang lain. Beberapa hari difikirkannya. Malam itu juga Yuniz ambil keputusan. Semuanya harus ditamatkan.

Tujuannya; menyucikan dosa.

Monday, November 7, 2011

Gambaq Hangat!


TUNGGU ANAK BALIK DROMAH.PI DAHH..


DIPANDANG RENDAH EVEN GUWA MEMANG RENDAH.


DISEBABKAN FAKTOR PENDEK,GUWA SERING DIJADIKAN ALAS BAHU.

Thursday, November 3, 2011

kesilapan orang utara bila cakap ki il

Ketika bertanya.
Hang nak gi mane tu Ali?

Ketika meminta pertolongan
Ko tolong katup pintu tu jap boleh tak?

Ketika marah
Kenape ko ni ketegaq sangat tanak dengar cakap orang.

Ketika digigit nyamuk
Sial betul la nyamuk ni ketit aku.

Ketika mandi
Mane pulak hilang timba aku. Tadi baru je aku nampak.

Ketika membeli air
Saye nak air nyoq sebungkus ye bang.

Ketika makan
Li, tolong passkan camca tu kat aku jap boleh tak?

Ketika mempromosikan awek sendiri
Yang hot tu la marka aku. cantik ke tak?

Ketika sendawa.
Maaf la, saye terbelahak tadi. Maklumlah tak pose

P/S : entri neh guwa rembat dari belog peberet guwa. Link bleh tgok kt tepi2 nuh. Maleh nk boh plak. hak3. Opkos, pandai-pandai laa bawak diri kat tempat orang woi.

Wednesday, November 2, 2011

Fan bukan Kipas


Saja la gatai google nama sendrik. Tak sangka lak bnyak betei fan guwa. Gila segan laa lagu neh.

Tuesday, November 1, 2011

Your attention is my strengh.

Jiwang mai dah..

Boroi neh slalu remind how many days his love to me.
Bila bangun pagi every early in the month, for sure boroi neh akan text remindkan.
This month, our love have been 1309 days.
Rasa nice jugak bila boroi neh slalu happy kan diri yang tengah extremly stress.
Lagi nice bila boroi neh slalu ada je benda yang nk di surprise kan.
It seems perfect enough..
Yeyh, he might not be vocal. But his action shows.
At the end, it felt miserable bila boroi neh hilang even a second.
Yet, he was my endless time to complete my endless journey.
Thanx B .