Wednesday, December 12, 2012

12/12/12

Duit hilang. Muflis. Cedey. Takdak sumber nak pau. Posa.

Monday, December 10, 2012

physically

Here i am.getting gemok,debab and tembam again.oh! harini i was like,umm..nak timbang berat lah.macam lama ja tak timbang berat.lagipun haritu i dah puasa dua hari.confirm berat i turun.hehe. But!!!!! i was damn shocked bila lepas timbang dan dapati berat i was pick up almost 2kilo’s. From 44 to 46 kilo’s.damn! i tak puas hati,then try lagi satu penimbang kat belakang. Itu lagi tipu. 47 u ols! Gila! I was like anxious tak tentu pasal. OMG OMG! kenapa boleh pick up sampai macamtu sekali.patutlah ramai orang cakap i dah makin tembam. huwaaawaa.. Firstly, i can’t accept it. Totally cant! Then, i text him bagitaw yang berat i dah naik 3kg (ok,manja kan?) .Then, he replied; takpa,lagi bertambah comel. So, ido think. okay,rezki Tuhan dah bagi. Why i nak risau2. Sepatutnya i lagi bersyukur dikurniakan sihat macamni. Terima Kasih Tuhan. (:

Thursday, December 6, 2012

taktu

“hidup ni macam gula.meneh selalu.tapi kadang2 kemanisan tu jugak boleh buat hg dapat diabetis lalu mati.”

Sunday, December 2, 2012

istanbul aku datang

Hey sunday! nothing less or more cuma aku baru je lepas tengok istanbul aku datang and i think, its worth for me berjaga sampai dua pagi semata2 tunggu cerita nih habis download. because of what? Ya Allah. the plot, the drama, the actors was soo damn amazing! no. not just amazing. it was like superrrrrr amazing. then, i was like nak repeat lagi tengok cerita ni even i baru 5minit habis tengok. hahaha. I've became so damn excited u konow! y? yelah, dua kali download, baru dapat the complete movie. 1st downloading was failed. 2nd time baru dpat! phew. i was like sooo exhausted even i'm just downloading a movie. ntah. this movie makes me felt.. umm.. taktau lah nak cakap apa. the actors and the places yang diorang shoot was damn amazing! lepas tu terus jadik macam ; eiiii nak pi jugak istanbul satu hari nanti. weirdooo... hahaha. but, i think.. tomok was sooo annoyed. blerrkk! tapi, ada actors lain yang like covers back the annoying things. start tengok sampai habis, i keep on laugh laugh and laughing macam orang gila sorang2. hahaha. sweet gila. and what was unbelievable is ; i've cried over a movie. no, not just 'A' movie. it was 'A MALAY' movie. damn i sendri pon tak boleh percaya! hahaha. so, i'm gonna give them 10 out of 5. gooo istanbul. oh,almost forgot! XOXO 'E. hahah

Monday, November 5, 2012

DUIT

Duit..eberibadi dalam dunia ni perlukan duit. Tapi, rasa siak bila hg kena banned pasai duit. Sebagai contoh ; pasangan kekasih berpecah belah disebabkan salah seorang daripada mereka mula bercerita mengenai alasan guwa tak mampu, lu plak mampu. Ya, guwa rasa marah dengan tanggapan pasangan seperti itu. Kenapa? Cuba anda fikirkan ; jika salah seorang dari pasangan kekasih bergaji lebih tinggi, adkah pasangan kekasih tersebut minta pasangannya untuk membelikan sesuatu di luar kemampuan? ataupun,adakah pasangan kekasih yg bergaji tinggi pernah bersuara bahawa ; 'hg takdak duit, so guw dah buat keputusan nak tinggai hg'. Guwa pelik kenapa manusia sekarang gemar bercerita mengenai harta dan darjat. Ya, guwa taw semua benda perlukan duit. Tapi, tak semestinya duit akan jadi point utama untuk buat setiap pasangan bercerai berai. Cuba hg bayangkan, pasangan yg selalunya berkemampuan tiba2 jatuh miskin dan pasangan yg kurang berkemampuan tetiba jadik kaya raya, adkah pasangan yg dahulunya kurang berkemampuan akan meninggalkan pasangannya buta2? Pada pendapat guwa; Ya, dia akan ditinggalkan. Guwa rasa pelik dengan mentaliti manusia sekarang yang mana telah kembali ke zaman jahilliah apabila mula memikirkan mengenai darjat,harta dan benda. Guwa yakin, kalau manusia sebegini punya anak kelak, anaknya pasti akan dicarikan jodoh yang kaya raya ; 'hg takdak duit,takbleh kawen dengan anak aku!' Pelik itu wujud disebabkan golongan seperti ini sering mempunyai tanggapan yang bangang seperti ini. Golongan tersebut berpendapat bahawa ; 'aku miskin,hg kaya,kita takbleh bersama' tahi apakah ini! Mentaliti tahi ini berlaku apabila salah seorang daripada mereka lebih tinggi daripada mereka. Oh, oh, ini sangat siak. Guwa tak henti2 maki orang yang mempunyai mentaliti seperti ini. Dunia, fahamlah! DIPETIK DARI SUMBER ;EMA_

Wednesday, October 24, 2012

today.

“Allah selamatkan aku..Allah selamatkan aku..Allah selamatkan Ema Yuniza Ishak..Allah selamatkan aku..HB budak sakit. (‘:”

Saturday, September 15, 2012

Reary?


There was a thing in life yang akan mampu buat hg senyum even hg tengah susah hati tahap super power punya which is ; FRIENDS. Ya, guwa punya kawan2 yang mampu buat hari guwa penuh ceria. Punya SI BUAH HATI, punya KELUARGA. Guwa yakin, semua orang begitu. Kekadang, semua yang mampu buat hg ceria juga, mampu buat hg superr sedih. Tapi, tu semua bergantung atas hg. Tentang macamana hg nak accept hari hg dengan kewujudan semua orang tu. Mungkin harini life hg penuh dengan kehampehan. Lalu,hg ambil keputusan untuk buang benda2 yang mampu buat hg senyum semula. Tapi, bila hg pikiaq dalam2, seperit mana pon hari hg sebab orang2 tersebut, segembira tu jugaklah hg akan rasa disebabkan orang2 yang sama. Do trust me. heh!





Tuesday, September 4, 2012

life.

3days ago..my life was full of surprise and i kinda loved that moments tooooo much! that smile,that touch, it was full of loves!!!! but..like they said.. u cant' always be happy for all the years and times.. yes, that word has perfectly get to me. two days without enough sleep,enough food was like..hell no! it was not the real me.. so,i've tried to be strong,forget all the things and started to me be as usual.but then,i've failed..poorly failed! i can't be the happy me,the laughing me, the gajah me,the kaki kuat tidur me..nah..i just can't! what the hell with this life! and then, i started to realise that i've lost my life..that is..you..KAO.

Thursday, August 30, 2012

Laksa oh laksa.


Ini cerita pasal laksa. Ya, laksa. Apa hang ingat kat oversea senang ka nak cari laksa? Senang laa jugak dari hometown guwa ni. Sehari guwa termimpi2 nak makan laksa. Namun, hampa. Ini semua sebab menunggu sesuatu yang sulit ntuk ku jalani.. woohhh. Podia! Guwa tunggu orang nak ajak makan laksa sampai tertidoq termimpi2. Rasa bodo woo pasai mimpi laksa. Mimpi laa jadik kaya ka, bagoih gak. Dan, sampai skg guwa kempunan laksa. Takpa, sok balik oversea, guwa nak pi beli 8 bungkuih, makan sampai muntah. Ya, ini bukan hari laksa guwa. De Eng.

Thursday, August 2, 2012

baacak! selamat hari lahir!

Besok harijadi si buah hati yang ke 22. Guwa yang mati akai still tergaru2 buah kepala nak buat surprise apa. Sampaikan guwa google, guwa tanya orang , hantaq surat, ahhh. Macam2 lagik! tapi otak guwa still beku macam lemak2 dalam bihun sup yang guwa melantak kejap tadi. Siak siak! Guwa last2 ingat nak istikharah mohon petunjuk apa yang guwa patot lakukan hari esok.namun last2 guwa terlajak tidoq sampai istikharah apa pon haram guwa tak buat. Ni nak kira macaman ni? Guwa pikiaq2 nak buat kek. Mak aih! tetiba plak rasa guwa haram bakat nak buat kek takdak. Tepung pon tak kenai, ni nak buat kek. Hui!!! So, guwa harap satgi guwa tidoq, guwa akan mimpi klu2 untuk gembirakan si buah hati hari esok. sekiang.

Thursday, July 19, 2012

korek hidung

Assalamualaikum buat muslims dan salam sejahtera buat non muslims. Peh! lama gila babeng guwa tak update. Berhabuk baq hang. Besa la, sejak2 punya kerjaya, semua benda guwa tak sempat nak buat. Makan pon bila perlu sahaja. Luckily Lusa dah nak start puasa. So, tak payah laa nak susah2 pikiaq pasai makan. So, berbalik kepada puasa. Ya, guwa admit yang guwa ganti tak habeh lagik. Ni, hampa gelak, memang guwa trajang. Pasai guwa taw hampa pon posa bukan penuh. Ada hat tak tahan korek hidong dengan sengaja, ingat guwa taktau apa woi. Tu kira batai dah posa tu. So, sekarang dah last minute, baru guwa nak ganti. Besok sehari lagi yes! So, di sini guwa nak ucapkan selamat berpuasa buat muslims. Hat non muslims yang takbleh puasa, sapa2 yang dok minum ayaq depa guwa, memang guwa sepak sampai terkencing tang tu. Jangan sampai guwa bukak puasa skali nanti. GTG! Assalamualaikum and happy fasting! (:

Tuesday, June 19, 2012

Syukur syukur Ya Allah



yeayh, again it’s me.cute isn’t it.hahahahah. sangattt.. lantak pi lah. memang truly cute what. yeayh, every things in this world was perfect! It was Allah handmade right. He’s perfect. Super perfect. A lots of syukur for giving me this life, this work, this family, this lover, this friends and this perfect day along 22years living. Alhamdulillah Ya Allah.. :)

Sunday, June 17, 2012

3rd day leave



ok, it was my 3rd day off. bosan banget! tunggu jee kat umah macam orang bodo bingai taktau apa jakun. lastly, housemate balik and asked me kind a fav things to be hear about. ema, youada plan? nak kuaq x? and i was okkayy! ate ate and ate till full sambil shopped here and there buang duit. amekau!

Friday, June 8, 2012

DO YOU LOVE MY MONEY?

Go and ask who's don't love your money? yeah, you'll got the positive answer. But. was the answer really came from their real heart??? shit no! Bhahahahaha! Till die, you'll never found the one who's really sincere. Really! Really! and super duper Really!! Demmit!

Monday, June 4, 2012

Aktiviti menggolek.

Guwa baru sampai dari kampong tadi petang. Sampai je rumah sewa, guwa dapat taw yang housemate guwa hav a date harini. bukan sorang, tapi both of them. So,automatically depa akan left guwa alone sampai pagi besok. Or maybe petang barangkali? Serta merta guwa rasa super duper down sampai gila. Pasepa? Pasai ni laa. Dah 2jam guwa duduk bangun pastu golek sambil korek hidong, korek taik mata. Demmit! Rasa macam bodo piang baq hang! Nak kuaq, guwa malaih. Akhirnya, guwa ambik keputusan untuk teroih golek dari hujung dapoq sampai hujung ruang tamu. Golek dan golek sampai penin.

Sunday, June 3, 2012

muka ganaih hati kapas

Felt awkward plak bila tetiba guwa yang super ganaih boleh tetiba pi rendu si buah hati. Maybe sebab all of the precious time that we spend together. The laugh, the smile. Pfft! Lama gila kot tak nampak the laugh and that big smiley face. Since he's back to shah alam and i'll be back to penang soon, maybe that kind kind of rendu things boleh dikaver buat sementara waktu because of the our own commitment. Hahaha. 4years loving pon boleh macam rasa awkward lagik. Bengong gila guwa!


Maybe i'm not good at remembering date and time. But, i'll never forget all the moments and the joy.

Friday, June 1, 2012

Fake or Real??

Wednesday, May 30, 2012

Rakan rasuah si mangsa mungkin anda?


Haritu hari khamis. Seperti biasa guwa pergi ke rumah Encik Hitam. Katanya, ada tugasan yang ingin diberikan. Ah, sudah pastinya tugasan yang sama. Cuma mangsa yang berbeza. Sampai di hadapan pintu rumah Encik Hitam, guwa bunyikan loceng dua kali. Seketika, kelihatan seorang kanak-kanak kecil berbaju biru memegang sebatang lolipop di tangan membuka pintu. Di sebelah tangan lagi terdapat sehelai sampul surat putih yang dituliskan nama guwa di tengahnya. Pantas, guwa ambil sampul surat dan berlalu pergi. Sambil berjalan menghala ke arah bertentangan dari rumah, guwa buka sampul. Di dalamnya terdapat sekeping cip hitam yang biasa sahaja. Namun, isinya luar daripada yang biasa-biasa. Guwa tuju ke kafe siber berhadapan dan masukkan cip untuk dibaca oleh komputer. Didalamnya tertera maklumat peribadi mangsa serta sebab musabab untuk dihapuskan. Mangsa adalah seorang penderma setia ke masjid serta surau-surau yang memerlukan. Namun, menjalankan kaedah rasuah di kalangan orang atasan untuk mengaut keuntungan. Sedtelah butir-butir peribadi disahkan, guwa berlalu mahu jalankan tugas. Malam itu, guwa tunggu di hadapan surau. Sudah bersedia dengan agenda seterusnya. Tayar keretanya guwa pancitkan dari awal. Tertonggek-tonggek sang mangsa membetulkan tayar. Seperti professional, guwa datang dari belakang sambil acukan senjata yang kedap bunyi. 3das cuma, mangsa rebah mencium tayar. Mangsa guwa bawa ke rumah supaya senang organnya dibahagikan nanti. 3 jam guwa ambil mangsa untuk bahagikan organ-organ dalaman mangsa. Satu persatu akan dihantar ke rumah rakan rasuahnya. Ya, satu persatu. Andaikan salah seorang tidak memperolehinya, maka si dia mungkin mangsa seterusnya. Mungkinkah anda?

what?



Here’s the things. The most awkward moments in your life can’t happens for no reasons. Yes, i do mean it. Now, it was how my stories begins.

Friday, May 25, 2012

ketaq lutuit

Sepertinya, sudah lama guwa tak update blog. Pfft! Berhabuk tak sangga-sangga. Harini, guwa mulakan dengan kisah pertama. Ya, kisah apa? Harini, malam ni, guwa diminta oleh orang atasan untuk menghantarnya ke stesyen bas. Guwa angguk tanda setuju. Ah, biasa, sebagai budak baru, guwa harus angguk dan setuju dalam setiap hal. Selepas bersetuju, guwa diberitahu yang guwa perlu memandu untuk menghantarnya. 20:30 talifon bimbit guwa bergetar menerima panggilan. "Ema, you boleh turun sekarang. I tunggu kat kuaters tepi kedai Farsal tu" Guwa laju ke tempat di arah. Namun, kaki tangan guwa sudah seperti tidak mencecah lantai. Kenapa? Ya, kali terakhir guwa memandu adalah 2 bulan yang lalu. Itupun guwa nyaris-nyaris kemalangan. Ah, terlanggar divider bukan dikira kemlangan bukan? Cekal hati guwa memandu kereta tersebut pulang. Perjalanan yang biasanya 15minit, guwa ambil masa 1jam! Lantak. Janji guwa sampai. Sempat juga guwa maki-maki radio yang memutarkan lagu kegemaran akibat tidak menyiarkan surah yassin ketika guwa memerlukan sokongan. Kali pertama, guwa masukkan gear, turunkan handbreak. Perlahan guwa angkat pedal sebelah kiri dan laju guwa tekan pedal tengah. Tetiba kenderaan tersebut mampos! Dua kali guwa lakukan perkara yang sama. Ya, kemudian barulah guwa sadar yang guwa bodoh pi tekan break. Memang wajiblah kereta mampos! Damn!!! Guwa meluat bab-bab driving. Lesen pon guwa ambil lambat sebab meluat. Pfft! tak disangka sangka lutut guwa masih terketaq ketaq sehingga sekarang.

Sunday, April 22, 2012

Hari sial guwa

Senang guwa katakan, hari ini hari sial guwa. Ya, sial. Bermula di pagi hari apabila guwa terjaga awal daripada tidur dan tertidur lewat di malam hari akibat gangguan yang tidak diingini. Disambung pula talifon bimbit guwa seperti bisu,mati tidak bernyawa apabila tiada langsung deringan di siang hari. Ya, jika ada sekalipun, semuanya menyakitkan hati. Sakit benar. Diikuti makan tengahari yang entah apa-apa. Akibatnya, guwa tak berupaya menghabiskan juadah tengahari tadi dan menyedekahkannya ke dalam tong sampah di bawah singki. Bersambungan dengan movie yang didonlod tidak habis akibat proses mendonlod terganggu dan menyebabkan guwa menonton cerita tanpa ending. Seterusnya menjadi lebih sial apabila beras langsong tiada di rumah dan ianya memaksa guwa keluar membeli beras. Ya, setelah beras didapatkan, nasik pula dimasak mentah. Sepertinya, hari ini hari sial buat guwa. Semoga besok menjanjikan keceriaan.

Tuesday, April 17, 2012

Double, triple mengong parking story

Tengah guwa siap2 setat moto nak pi kerja di pagi hari isnin, tetiba maknya bawah rumah dok hingaq -hingaq dekat guwa pasai motosikal beliau takdak parking.
'Guwa suda parking ini moto 25taon maa. Ini hari guwa talak paking. Apa maciam? Anak guwa mau paking keleta pon talak paking.'
Dengan perasaan double shitnya guwa maki dalam hati. Mengong. Guwa parking motosikal kat bawah rumah ja. Mana ada ambik parking dia pon. Guwa pon ada parking sendrik la. Lagi triple mengong maknya tersebut.
Hari ni hari selasa. Ya, akhirnya guwa berjaya balas dendam apabila guwa pulang dari kerja dan mendapati motosikal maknya tersebut tiada di bawah rumah. Lalu, guwa dengan perasaan iri hati dan hasad dengki dengan sengaja telah ambil parking untuk 3motosikal buat parking motosikal kesayangan guwa yang seketoi itu. Lantak pi maknya tu takdak parking. Sapa suruh tuduh guwa. Ya, ni kira guwa baik hati sebab belum pancitkan tayaq motosikal beliau.

Thursday, March 29, 2012

Best youtube video's this week!

Win!

Tuesday, March 27, 2012

Memori zaman blajaq

MY GENERASI

Strange sea creature;Sturgeon

Guwa saja nak check email yahoo guwa. Tetiba terbaca plak article pasai makhluk laut hat pelik ni. Tapi takdak laa pelik mana pon. Didakwa, makhluk pelik ni adalah sekoq sturgeon. Guwa hat cetek ilmu troih google sturgeon ni hapa. Surgeon guwa taw laa menantang apa. So, dari hasil guwa google blaka, didapat sturgeon ni adalah sekoq ikan prasejarah hat tinggai 1% ja lagi kat muka bumi ni. Kesian betei kat menantang ni pasai depa diburu sebab nak dapatkan teloq dia hat harga nak cecah MYR15OK. Sturgeon ni punya laa besaq sampai bleh jadik seberat 150kg. Ada laa berat 1family hang campoq dengan family jiran hg camtu. Stugeon ni plak ropa mix oo. Ada sropa shark campoq ikan keli sikit. Tapi apapon, guwa amat kasihan dong dengan ikan ni. Dah laa tinggai bapa ekoq ja, orang dok kaluit nak hunting plak. Mampoih laa anak cucu cicit guwa tak kenai ropa ikan nanti. Tulah, manusia ni jadik bingai bila jumpa duit.


Monday, March 26, 2012

Despicable me 3. Again?

Minions. If i could have one of them, sure aku tunggang bawak pi kerja. Takdak lenguh kaki sangat nk jalan.

Forever alone

Tengah guwa enak-enak tengok talibesen pagi tadi, puan mak mai sapa guwa.
'Hg dah packing barang semua?'
'Pack dah. Tinggai tunggu mak lipat ah.'
Sempat jugak guwa habaq kat puan mak yang weekend tu lepas habeh kija,guwa nak balik mai kampong halaman. Puan mak cuma tambah beletiaq lagi dan lagik.
'Bla bla bla.tak pi kija lagi dah ingat nak balik,bla bla. Pi kija dulu bla bla bla'
Guwa pon buat muka slamba sambil tetapkan matlamat yang guwa nak balik kampong weekend tu lepas habeh kija.
Habeh adengan tu. Babak seterusnya berlaku bila tengah-tengah guwa sedap minum ayaq, puan mak mai habaq kt guwa yang beliau serta encik ayah nk pi cuti-cuti Malaysia weekend tu. Betoi-betoi seminggu lepaih guwa start kija. What? Awat tak pi la ja. Patoit tak bagi guwa balik kampong weekend tu.Lantas, guwa teroih rasa macam FOREVER ALONE.



Sunday, March 25, 2012

How Awal ashaari purpose that scha Al yahya?

It seems perfect with those manly tears. Triple sweet!

Saturday, March 24, 2012

Optical illusion that may lead you to vomit!

It do hurt my brain!




The Pendulum

Love last till the end.wuuu

Most weird wedding cakes ever

Sometimes, wedding cakes will not be needed.






Friday, March 23, 2012

Lapan hari

sometimes,the heart was so touched..

Thursday, March 22, 2012

Hot hotel rooms in the world. Pffft!

1.Jules Undersea Lodge - Key Largo, Florida

2.Bubble Tree Hotel - France

3.Hotel Parchi Del Garda - Italy

4.ONE By the Five - Paris, France

5.Ramada Resort Karon Beach - Phuket

USB gadjet yang ridikules

1. Cooling rrefrigerators. Takpayah dok kalot nak p fridge amek ayaq sejuk. Connect kat usb port,hg bleh sejukkan ayaq dah.

2. Microwave serbaguna.cara terbaik untuk jimatkan gas!

3.Missile Launcher. Digunakan untuk hg fire coworkers/member yang buat hg annoyed. Selain tu, ada function seperti webcam

4.Panic Button. Ni elok laa untuk makhluk yang suka chat time kerja,facebook,twetting. Menatang ni akan bantu hg munculkan seketoi documents yg fake bila hg tekan button tu. So,takdak laa hg kantoi dengan bos hg.

Tuesday, March 20, 2012

Daring is needed here

Serius guwa sakit hati pasai menatang ni takbuat kat Malaysia.

Sunday, March 18, 2012

Kisah kucin guwa bertemu ajal

Hari ni guwa stress. Stress tahap maksima. Stress kerana usai bergaduh dengan si dia. Kucin guwa cuma mampu memerhati dari sudut tepi katil. Takut-takut jika disepak guwa. Usai bercakap di talifon dengan si dia, guwa yang kalah dalam pergaduhan segera lepaskan geram dengan melemparkan talifon bimbit di atas katil. Talifon bimbit melantun tiga kali dan terus terkena lampu meja di sebelah katil dan melantun lagi terus masuk ke dalam mulut kucin guwa yang dalam masa sama tengah menguap ketika itu. Maka, kucin guwa bertemu ajal pada hari itu.

Saturday, March 17, 2012

taktautajukapa

anime macam bangang-bangang. Tapi nice laa. Enjoice gila.

Ini seriussssss..!

Public tengok will said; eiiii,,ewwww.yerkk!
Med staff tengok will said; ooooo...kay.

Gila

Hari ni hari yang ke entah berapa ratus guwa lepak dromah parents. Lagi empat belas hari, guwa akan berambus dan mulakan hidup sebagai wanita bekerjaya yang memegang gaji hampir 3K. Ya, hidup di bandar dengan gaji seciput itu tidak langsung membanggakan guwa. Tak balik modal pon dengan kerja yang guwa buat. Namun, seperti ayat orang alim; Redha. Itunya.. Maghrib tadi bapak guwa minta guwa kemaskan baju siap-siap. Senang katanya. Namun, guwa taw beliau tak dapat terima hakikat guwa bakal bekerja jauh. Di tempat orang. Ya, guwa anak manja yang perlukan perhatian. Mana mungkin bapa guwa benarkan guwa pergi. Namun, ini demi masadepan. Maghrib tadi juga, kucin guwa minta dibelai. Memikirkan nasib kucin guwa yang kerap berak merata membuatkan guwa cuak. Cuak jika-jika kucin guwa akan dihumban ke dalam parit depan rumah lagi. Lalu, guwa penuhi permintaannya. Akhirnya, guwa masuk bilik sambil memikirkan perasaan bapak dan kucin guwa bila ditinggalkan nanti. Lalu guwa ambil keputusan untuk minta mereka redha. Ya, orang alim selalu berkata begitu dan kebanyakannya jalan ja. Ya, besok akan guwa utarakan.

Thursday, March 15, 2012

One tak happy famili

Aku punya keluarga. Ya, keluarga. Seperti kalian. Namun keluarga aku tak seperti keluarga. Di mata kalian, mungkin aku bahagia. Tapi, pernah kalian lihat dalamannya bagaimana? Suatu hari, aku berjaya mendapat kerja. Tapi jauh dari tanahair. Ibuku membantah keras pemergian aku. Katanya, banyak duit yang bakal dibelanjakan. Juga, ibuku tidak langsung percaya akan kebolehan aku menjaga diri. Lalu, aku dengan tekad mahu pergi juga. Pergi dari sini kerana sudah lama aku menunggu peluang untuk jauh darinya. Bertahun di negeri orang, langsung aku tidak pulang. Cuma kiriman wang saja yang pulang ke tanahair setiap bulan. Ya, aku gembira begitu. Gembira hidup dengan orang asing. Bagi aku, orang asing adalah keluarga. Orang asing adalah peneman, mereka lebih memahami dan menyayangi.

siapa aku? aku adalah seketoi mesin faks. hebak kan aku boleh pos duit kat makpak di kampong. wuuu. hebak!

Bananana!

Bodo, sweet gila! Lekaih laa 2013!

Wednesday, March 14, 2012

woh!

fav! maw hg maki, guwa sumpah jadik apam. maw?

Annoying Orange

Entah pasaipa guwa addicted dengan benda yang annoyed nih. Pelik kan manusia.

Bagi guwa,semua kenangan tu indah

Langgaq

Tengah lalok-lalok,ngantuik-ngantuik mata tak larat nak celik, guwa cuba taip entri nih bertujuan untuk maki diri sendri. Memang guwa rasa sangat mangkaq bila guwa dengan mamai-mamai terlanggaq tembok kat depan skolah tu. Memang gila la pasai guwa sebelum nih pemandu berkhemah tinggi. Tapi, guwa buat-buat kool pasai guwa kan super hebat. So,guwa lupakan peristiwa langgaq tembok dengan lena sampai besok pagi nun.

Monday, March 12, 2012

KONY 2012

I bet ramai pokemon diluaq taktau menatang apa KONY2012 yang tengah hot di media2 massa la ni. I pon sama. Noob jugak. Muehehe! So, do watch this. I bet lepas ni ada laa ilmu sikit pasai apakenbenda KONY 2012 nih.

Lost?

Ok, out of the stories. Oh, hilang wallet adalah satu benda yang paling complicated dalam hidup. Tak macam hilang bini. Hilang wallet memang complicated. Nak kena buat police report, angkat sumpah, bank card, ahh, macam-macam lagi laa benda yang super complicated. So, kepada si dia yang kehilangan wallet, banyak-banyaq laa sabaq. Takpa, nanti kita beli wallet baru hat si dia berkenan tu nah Sobs!

Wedding of the year

Fuh, memang oshem laa. Ni baru wedding of the year. Gempak baq hang! Mas kahwen senaskah Al-Quran. Hang ingat senang nak cari wanita hat mau mas kahwen senaskah Al-Quran je? It was one in a million. Paham? Tapi, bersyukuq laa kat Dato' Malek Noor pasai found that one in those millions. Hebak! Love at the 1st sight di tanah suci. Sapa takmau! Peads specialist plak tu. MasyaAllah. May Allah bless their weds till Jannah. Ameenn..

MASYAALLAH!

What the??? Ahh,pokemon apakah ini!

Saturday, March 10, 2012

Maknya for eberibadi

Rajin gila hg ni.

Transformers!

Go,go photoshop! Bukan-bukan. Go,go kat mangkaq yang gila terer nak mampoih tangan berseni tahap karma edit muka jadik sropa err..takmau kutuk aih.dosew~

Random

Sesungguhnya, hari ini hari yang kemaih keming bagi insan yang bergelaq guwa. Pembetulan. Tiap-tiap hari pon guwa memang kemaih keming. Ni bila zint plak dok bok keluaq graphic novel hat guwa tunggu dari zaman jahilliah nu, lagi lah kekemaihan kekemingan guwa kian menyerlah. Zint sayang, hang lekaih-lekaih laa pi published. Guwa gedik tak sangga dah nak pi serbu kassim buk setor nun. Peliessss...

BLACK HOLE

Aukkkkkk!!!

Wednesday, March 7, 2012

Back to you! Apadia?

Pfffft!! Maaf. Guwa takda niat nak jadik budak paling hot, semat, kemaih keming dan lain-lain lagi. Sudah ditakdirkan guwa memang begitu, apakan daya. Guwa cuma insan lemah yang dikurniakan bakat yang berbagai-bagai. Haish! Atas sebab musabab yang demikian, guwa juga dikurniakan sumber pahala. Tentu ramai yang tertanya-tanya apakah sumber pahala yang guwa perolehi itu? Backstabber. Ya, merekalah tempat guwa topup pahala yang berkurangan itu. Guwa bersyukuq pasai dikurniakan depa. Tak usah la guwa susah-susah nak buat pahala sedangkan hari-hari pahala dikreditkan di dalam akaun amalan guwa. Hebak bukan guwa? Ya, hebak punya backstabber. Jika anda mahukan pahala yang berlipat kali ganda, sila cari rakan-rakan atau saudara mara yang boleh anda lantik sebagai backstabber anda. Seelok-eloknya, minta mereka stab anda ketika anda sedang bersolat. Masyukkk!

Saturday, March 3, 2012

It was my story. Yes. My real stories..

Ema, Ema, Ema and Ema..

Allah takkan uji hambaNya kalau Dia tahu yang kau tak mampu nak hadapi semua ujianNya. So, kau mesti kuat, tabah dan terima as cool as you are. InsyaAllah, soon, it will be fine..

Thursday, March 1, 2012

MISI

Kerjaya guwa, JURURAWAT. Ya, menarik bukan? Banyak mulut yang menghina kerjaya guwa. Tapi, yang peliknya, mereka masih menggunakan khidmat guwa. Pelik bukan manusia? Ya, memang pelik. Tentu manusia yang tidak pelik tetanya-tanya kenapa si pelik masih menggunakan khidmat guwa? Ya, mari guwa beritahu jawapannya.. Kenapa dan mengapa? Ya, si pelik itu masih menghina kerjaya guwa. Namun sebaliknya, masih menggunakan khidmat guwa kerana tidak mahu bersusah-susah. Ya, ini adalah kerjaya guwa sangat oshem. Cuma yang terbaik dan terhebat mampu memiliki kerjaya ini. Ya, guwa mengaku yang guwa hebat.

MISI, TOLONG CUCI BERAK MAK SAYA...!

Tuesday, February 28, 2012

Ema the superwoman

Nama guwa Ema. Hebak? Memang hebak punya nama seperti itu. Disebabkan itu, guwa telah ditawarkan untuk jadik superwoman. Ya, superwoman. Geddit? Sebagai seorang superwoman yang super dalam segala hal, guwa punya kuasa yang luar biasa. Guwa mampu bertukar jadik budak paling baik, budak paling baik, dan budak paling baik dalam masa tak sampai sesaat. Hebak? Ya, super bukan. Guwa juga mampu bertukar menjadi sesiapa sahaja yang guwa mahukan dalam masa tidak sampai sesaat. Guwa mampu jadik wanita bertudung litup, mampu jadik wanita berhijab penuh dan mampu jadik wanita yang lengkap dalam segala hal. Hebak bukan?

Ya,guwalah superwoman ema yang mampu bertukar dalam masa kurang sesaat.

Monday, February 27, 2012

Kisah android guwa yang patah seribu.. woohhwoohh!

Guwa ada seketoi android. Tapi dululahh.. Sebab sekarang, android guwa dah patah seribu macam retis tu dok nyanyi. Hal ini berlaku disebabkan kucing puan mak telah mengflying kick satu satunya android yang guwa beli pakai duit sendri. Tengah sedap-sedap guwa layan game di android guwa pasai kena kuarantin takbleh on mana-mana alatan elektrik oleh puan mak, tetiba guwa rasa android guwa dah tak berada di tangan lagi. Rupa-rupanya kucing puan mak telah memperdajalkan android guwa disebabkan kurang kasih sayang oleh guwa. Kucing puan mak pernah buat mogok dulu. Tapi guwa tak layan sebab terlalu sibuk melayan peralatan elektrik yang semakin maju mengikut arus peredaran zaman. Ah, zaman moden mana ada orang bela pet secara real. Maka, guwa secara professional telah membela pet di alam maya. Oleh sebab yang demikian, beliau dengan bangangnya telah mematah seribukan android guwa menggunakan segala kudrat yang ada.

Ya, tak lama lagi guwa akan mematah seribukan kucing puan mak itu.

Ini hebak! Mak pleasee....

FUYYOH!

Thursday, February 23, 2012

Mimpi mampu jadi realiti

"Sial, sial, sial!
Meluat gila aku dengan dia sial!"
Yuniz kembali mengeluarkan cacian dan makian. Dia cuma mampu mengeluarkan kata-kata tersebut di dalam hati. Di simpan dalam-dalam dalam hatinya. Ah, sudah menjadi perkara biasa untuknya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain. Semuanya akan kembali menyalahkannya.

Seperti biasa, apabila Yuniz marah-marah dan tidak berpuas hati kepada seseorang, dia akan melelapkan mata buat seketika. Ya, cuma di dalam mimpi dia mampu lakukan semuanya. Ya, semuanya. Mimpinya adalah tempat dia berimaginasi untuk membalas dendam dan melepaskan amarahnya. Hari ini, amarahnya ingin dilemparkan kepada sang kekasih hati yang dijumpai sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Benar, dia ingin membalas dendam. Mahu dilakukan di dunia realiti, takut pula dituduh penjenayah. Dia masih mahu membalas jasa kedua orang tuanya itu.

Matanya mula dipejam perlahan-lahan. Seketika, Yuniz telah berada di dalam dunia mimpinya. Imaginasi mula muncul...

Di satu lorong, kelihatan seorang wanita yang penuh dengan perasaan amarah mendekati seorang lelaki. Kayu besbol di tangan tidak disia-siakan. Hayunan kayu besbol yang padu memberikan pukulan yang cukup hebat di muka lelaki tersebut. Semakin kuat si lelaki meminta belas, semakin laju hayunan kayu itu diberikan. Tiga kali cuma, lelaki itu rebah. Diam. Kelihatan jari jemari masih bergerak-gerak. Minta disudahkan. Wanita itu masih tidak puas. Dia mahu lebih!

Kayu besbol dilemparkan ke tepi. Kini, sebilah pisau pemotong pula dipegangnya. Pisau itu didekatkan di jari jemari yang masih bergerak-gerak. Tinggi pisau itu di angkat. Dan, pap! satu tetakan tepat dikenakan di pergelangan tangan. Biar cacat! Tetakan kedua dan seterusnya dikenakan di kesemua anggota. Bahagian anterior dada juga dikenakan tetakan menggunakan pisau yang sama. Ah, bosan barangkali, pisau dicampak ke tepi. Kini, muncul pula tukul besi seberat lima kilogram di tangan wanita itu.

Hentak, hentak dan hentak. Kelihatan otak si lelaki berterabur di lorong gelap itu. Bau hanyir darah mengghairahkan si wanita. Serigala-serigala peliharaan mula dilepaskan. Berkeliaran sang serigala mengutip sisa daging yang bertaburan di lorong itu. Ada yang menggonggong kaki, lengan dan serpihan otak. Masing-masing mula menjalankan kerja pembersihan.

Usai, Yuniz mula tersedar dari mimpi. Tersenyum puas kerana dendamnya mampu dilunaskan. Dia ketawa geli hati mengenangkan keadaan tersebut.

Besoknya.. Yuniz terkesima apabila membaca keratan depan akhbar yang berada di meja kerjanya. Diamati gambar-gambar yang diambil oleh sang wartawan. Seprti dikenali. Dibaca pula sedikit ayat yang tertera. Nama mangsa memang dikenali. Tempat mangsa dijumpai juga seperti pernah di lawati. Yuniz pelik. Tergamam. Ah, mana mungkin mimpi mampu jadi realiti?

Tapi dalam diam, dia tersenyum. Mungkin mimpi mampu dibawa ke realiti.

Monday, February 20, 2012

Hang taw buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aum!
Bodo gila. Dok aum2 apa.Cacat ka woi. Ah, tu bukan maksud sebenaq guwa post entri neh. Setelah lapan tahun menghilang, hari ini guwa muncul semula dengan entri baru. Bukan hapa, guwa hilang lama-lama pasai nak pi tuntut ilmu masak memasak nih.

Baidewei, setelah lama menghilang, akhirnya, guwa berjaya cipta resipi puding caramel. Lambat pi laa.Yang penting guwa taw buat. Hang taw? Sure laa hang taktau kan? Hakhakhak. Amboih, awat smug gila ni aihh..

1stly, hg mesti laa ada bahan-bahan nk buat benda paling payah ni.
PUDING.
Teloq ayam pure 3bijik.
Kuning teloq ayam 2bijik.
400ml susu segaq/caiq
5sudu besaq gula haluihh.
2-3 titik esen vanila.
KARAMEL.
5sudu besaq gula.
2sudu besaq ayaq.

Mula-mula nak buat, hg kena baca bismillah dulu lah bagi muslim. Non's, hampa bleh bertafakur dulu ekot kehendak hati hampa laa.

KARAMEL
1. Masuk gula dgn 1sudu besaq ayaq dlm periuk mak hg. Dah gula tu agak2 perang, hang boh plak belen ayaq lagi 1sudu tuh. Masak laa sampai perang2. Then, tuang dalam loyang, pastu letak tepi sat. Buat tak reti jah kt karamel tu for a while.
2. Boh plak kuning teloq,teloq ayam hat pure tu dalam mangkuk mak hang. Kacau slowly sambil boh gula sikit2. Hang kacau lemah lembut sikit oi. Satgi ada bubble, jenuh hang nak kaverage. Kacau laa samapai sebati. Maw 3jam kacau pon xsebati lagi, hang teroih kacau lagi dan lagi biaq putuih tangan.
3.Lepaih tu, hang pi laa masak susu tu. Hang boh esen vanila sikit. Hang jangan dok biaq mendidih plak susu tu. Agak-agak hangat tu, hang angkat lah. Dalam 60 darjah selsiusss.. Maw hang taktau nak agak, pi farmasi, beli thermometer. Paham?
4.Lepaih hang angkat susu hat still hangat lit-lit tadi, hang tuang laa dalam mangkuk mak hang yg ada adunan teloq + gula yg hang dah prepare tadi. Boh pelan-pelan. Bukan pa, takut meletup satgi, guwa takmau jawab hapa nohh..
5. Pastu, semua benda yang hang dah mix tu, hang pi laa tuang dalam loyang hat hang boh caramel tadi nun.
6. Kendian, hang tutup laa loyang tu pakai aluminium foil. Buat dua layer. Tapi, guwa tutup pakai tudung periuk mak guwa jah pasai tak mampu nak beli aluminium foil jadah tuh.
7. Lalu, hang kukus laa setengah jam. Bukak api takpayah laa kuat-kuat. Satgi hangit plak. Lagipun, boleh jimat gas mak hang kan?
8. Bila masak, hang simpan dalam fridge. Baru lazat sampai jilat bulu kaki.

Ni ada gambaq hat guwa sempat snap tadi. Tak sempat snap banyak-banyak. Kaluittt dok prepare barang-barang. Sekiang.

MIXING TELOQ, GULA. SEBELAH TU,CARAMEL. ISH,SEGAK SUNGGUH AIH!

MIXING TELOQ, GULA, SUSU. SEBELAH TU, CARAMEL. ISH, KAMBING. AWAT DOK ULANG 2X NEH NTAH!

BILA HANG BOH DALAM LOYANG, JADIK LAGU NEH LAA. TERER DAK GUWA? ISH, DOK LAGU-LAGU APA!

SIAP! BLEH SEDEKAH KAT JIRAN, MAK MENTUA, ORANG KAMPONG. BUAT JUAI PON BLEH. DUIT SEMUA TUH!

Friday, February 10, 2012

Siapa 'ADAM' kita nanti?

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH.."
SEKUAT MANA KITA SETIA,
SEHEBAT MANA KITA MERANCANG,
SELAMA MANA KITA MENUNGGU,
SEKERAS MANA KITA BERSABAR,
SEJUJUR MANA KITA MENERIMA KEKASIH KITA,
JIKA ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA TIDAK MENULIS JODOH KITA BERSAMA KEKASIH KITA,
KITA TETAP TIDAK AKAN BERSAMA DENGANNYA..
NAMUN, KITA HARAP..
DIA BAKAL JADI ADAM KITA NANTI..
AMEENNN..

Thursday, February 9, 2012

Buat tontonan dancer-dancer kangiaq.

Kemaih keming!

Lesen D?

Ok Assalamualaikum peeps! tak jawab dosa, jawab sayanggg...

Seriously i dah ada lesen memandu malaysia yang sah digunapakai oi. MasyaAllah.. Excited betoi bila dapat-dapat lesen tuh. Along the way, i keep on smiling je sampai bila dah balik neh, urat-urat pipi semua jadik tegang. Makan pon tak lalu dah sebab teringatkan kereta Encik ayah kat rumah. Hahaha. But, belum sampai rumah lagi i dah try mintak drive. I ingat tak dapat dah. But, dapat jugak. Biasa, i can terer.. Tekemut-kemut i bawak polang.

Ekcelli, my home dengan tempat makan tu takda laa jaoh mana. Kentut pon dengaq. But, disebabkan i yang drive that car, benda yang sploh menet pon dah jadik 30minuites. Ketaq kepala lutuittt.. I keep on hold stereng tu ja. While si KAO tu keep on laughing at me. Baguih laa tu oi. Tapi, i kan hebat, so i manage to drove that car sampai rumah even i berani bawak takat-takat 40km/j je. Memang 1stly tu bila ketaq melampau, i langsong tak change any gear. So, dapat imagine dak kereta yang you ol bawak just dalam gear 1 ja? Dah sampai rumah, i pon nak belok masuk. But then, jadik stuck. Kereta belakang depan menderu-deru. Last-last, i tak belok pon sebab ketiaqqqq . Maka, berhenti kat bahu jalan ja. Mak oi! But then, budak kuat gelak tu dengan tiba-tiba jadi orang 1st yang i bawak after dapat license neh. Kembang letteww...

Tuesday, February 7, 2012

appreciate.

Kehadapan manusia..

Tolonglah hargai setiap apa yang kau ada. Do remember to say thanks even it was for a small little tiny things. Those "TERIMA KASIH" words will make a big smile. Do trust me. That magic words will make your life and others happier than before. So, a lot of TERIMA KASIH sebab sudi membaca.

Thursday, February 2, 2012

Buat malu rakyat kangaq ja woi!

KANGAR, Budak 15tahun didapati dilempang, disepak, ditrajang serta ditarik rambut disebabkan pos-pos yang tidak ketahuan hala di fesbuk. Takdak apa. Kes dipercayai atas sebab berebut laki-laki. Ah, syoq laa jadik budak laki tuu. Pompuan-pompuan dok gadoh brebut hang!


Budak pompuan tersebut jugak didapati dipukoi oleh kakak-kakak senior 17tahun didepan skolahnya pada pukoi 6petang,2hari yang lalu. Maka,mangsa dimasukkan ke hospital Tengku Fauziah pukoi 1smalam pasai cedera sebab kena hentak. Hebak!

Untuk berita lebih mendalam,sila layari lamanweb NewStraitsTime: Facebook feud ends in assault - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/local/general/facebook-feud-ends-in-assault-1.40751#ixzz1lCcW9TSk

Menyanyilah LaLiLoLu

Sapa kata kita tak minat lagu melayu even ada certain2 lagu yang liriknya tak masuk akai la. Tapi, Malaysia pon can produce a got entertainer hapa. Tudia,sropa AVRIL ooo! Hebak!


Di sebalik sejuta bayangan wajah
Tiada satu mampu ku lihat
Bagai debu yang berterbangan sekelip hilang

Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

Ku mencari jawapan dan kepastian
Tak ingin lagi bersendiri,
Agar tiada sepi hati mekar mewangi


Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

Ku dambakan kehangatan
Belaian mu oh.. cinta
Kaku jasad, tak bernyawa

Di sebalik berjuta bayangan
Namun tak ku lihat
Mencari kasih dan cinta
Bersatu dalam irama

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

Tuesday, January 31, 2012

Seriously,she's dead. R.I.P

Bismillahirrahmanirrahim..

Seriously, she's dead.. She left me forever. Ah, forever alone laa guwa lepas ni. Bila hari-hari sebelum tidur, guwa ucapkan selamat malam dan bila bangun tidur guwa ucapkan selamat pagi, akhirnya hari ini, dia telah pergi meniggalkan guwa. Seriously lagi, hidup guwa jadi tak menentu bila sapaan guwa pagi tadi tidak dibalas. Selalunya, kakinya sering dikuis-kuis agar guwa tahu yang dia sudah terjaga dari tidurnya.Namun hari ini, tiada kuisan,tiada apa-apa. Entah,dia terus tidur panjang. Tidur buat selama-lamanya..

Seriously lagi, i do love you. Oh miah kurak-kurak kesayangan... Rest in peace..

Kapiann..

Kubuiqq..

Sunday, January 29, 2012

Komik Mutiara Naga Versi Lulz

Dulu-dulu nun, waktu zaman jahilliah time duduk lepak dalam bilik dengan roomate, guwa kerap kali jugak laa dok lawan gelak-gelak sampai tesemboq ayaq liuq bila guwa blogwalking. Rindu gila zaman gelak-gelak tesemboq tu. La neh nak gelak time blogwalking pon sorang-sorang ja la. Gila forever alone tuu. Namun, guwa tetap nak roomate guwa yang sekoq tu gelak jugak. Nah, naddy, amek hang!

SILA BACA DARI KIRI KE KANAN. MAW AGAK-AGAK RABUN, SILA KLIK KAT GAMBAQ UNTUK PEBESAQ. SEKIANG.


Trimas @blogayamdanbabi