Wednesday, May 30, 2012

Rakan rasuah si mangsa mungkin anda?


Haritu hari khamis. Seperti biasa guwa pergi ke rumah Encik Hitam. Katanya, ada tugasan yang ingin diberikan. Ah, sudah pastinya tugasan yang sama. Cuma mangsa yang berbeza. Sampai di hadapan pintu rumah Encik Hitam, guwa bunyikan loceng dua kali. Seketika, kelihatan seorang kanak-kanak kecil berbaju biru memegang sebatang lolipop di tangan membuka pintu. Di sebelah tangan lagi terdapat sehelai sampul surat putih yang dituliskan nama guwa di tengahnya. Pantas, guwa ambil sampul surat dan berlalu pergi. Sambil berjalan menghala ke arah bertentangan dari rumah, guwa buka sampul. Di dalamnya terdapat sekeping cip hitam yang biasa sahaja. Namun, isinya luar daripada yang biasa-biasa. Guwa tuju ke kafe siber berhadapan dan masukkan cip untuk dibaca oleh komputer. Didalamnya tertera maklumat peribadi mangsa serta sebab musabab untuk dihapuskan. Mangsa adalah seorang penderma setia ke masjid serta surau-surau yang memerlukan. Namun, menjalankan kaedah rasuah di kalangan orang atasan untuk mengaut keuntungan. Sedtelah butir-butir peribadi disahkan, guwa berlalu mahu jalankan tugas. Malam itu, guwa tunggu di hadapan surau. Sudah bersedia dengan agenda seterusnya. Tayar keretanya guwa pancitkan dari awal. Tertonggek-tonggek sang mangsa membetulkan tayar. Seperti professional, guwa datang dari belakang sambil acukan senjata yang kedap bunyi. 3das cuma, mangsa rebah mencium tayar. Mangsa guwa bawa ke rumah supaya senang organnya dibahagikan nanti. 3 jam guwa ambil mangsa untuk bahagikan organ-organ dalaman mangsa. Satu persatu akan dihantar ke rumah rakan rasuahnya. Ya, satu persatu. Andaikan salah seorang tidak memperolehinya, maka si dia mungkin mangsa seterusnya. Mungkinkah anda?

what?



Here’s the things. The most awkward moments in your life can’t happens for no reasons. Yes, i do mean it. Now, it was how my stories begins.

Friday, May 25, 2012

ketaq lutuit

Sepertinya, sudah lama guwa tak update blog. Pfft! Berhabuk tak sangga-sangga. Harini, guwa mulakan dengan kisah pertama. Ya, kisah apa? Harini, malam ni, guwa diminta oleh orang atasan untuk menghantarnya ke stesyen bas. Guwa angguk tanda setuju. Ah, biasa, sebagai budak baru, guwa harus angguk dan setuju dalam setiap hal. Selepas bersetuju, guwa diberitahu yang guwa perlu memandu untuk menghantarnya. 20:30 talifon bimbit guwa bergetar menerima panggilan. "Ema, you boleh turun sekarang. I tunggu kat kuaters tepi kedai Farsal tu" Guwa laju ke tempat di arah. Namun, kaki tangan guwa sudah seperti tidak mencecah lantai. Kenapa? Ya, kali terakhir guwa memandu adalah 2 bulan yang lalu. Itupun guwa nyaris-nyaris kemalangan. Ah, terlanggar divider bukan dikira kemlangan bukan? Cekal hati guwa memandu kereta tersebut pulang. Perjalanan yang biasanya 15minit, guwa ambil masa 1jam! Lantak. Janji guwa sampai. Sempat juga guwa maki-maki radio yang memutarkan lagu kegemaran akibat tidak menyiarkan surah yassin ketika guwa memerlukan sokongan. Kali pertama, guwa masukkan gear, turunkan handbreak. Perlahan guwa angkat pedal sebelah kiri dan laju guwa tekan pedal tengah. Tetiba kenderaan tersebut mampos! Dua kali guwa lakukan perkara yang sama. Ya, kemudian barulah guwa sadar yang guwa bodoh pi tekan break. Memang wajiblah kereta mampos! Damn!!! Guwa meluat bab-bab driving. Lesen pon guwa ambil lambat sebab meluat. Pfft! tak disangka sangka lutut guwa masih terketaq ketaq sehingga sekarang.