Thursday, December 5, 2013

Tuhan,tolonglah..

Ketika Allah merindui hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…

Dalam hadith qudsi Allah berfirman.

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”


(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Saturday, November 16, 2013

Painless.

Dah berhabuk. Puhhhhhhhhhhhh! Terlalu kejarkan duniawi sampai lupa dengan dunia dongeng guwa. Hai encik blog. Namaste,sawadikap,Assalamualaikum. Bismillah.. Doakan guwa cepat sembuh macam orang normal. Aminn.. _THE END

Tuesday, August 20, 2013

Kehendak atau keperluan?

Keperluan,atau kepuasan? Ya,guwa orang yg pentingkan kepuasan lebih dari keperluan. Once i said i want it, i mean it. Sebagai contoh, satu hari lepas tengok iklan, guwa dah tergila gilakan benda tu. dan akhiaqnya, dengan segera guwa keluaqkan asb guwa dan beli dia. Secondly, guwa tergila2 kan benda yg beharga hampir 3k. Lalu,dalam sebulan guwa buat ot non stop dan akhiaqnya, guwa berjaya dapatkan dia. Ya, semua orang asik pandang rendah. Yg mana benda tulah yg akan buat guwa buktikan yg guwa pasti boleh dapat. Banyak benda yg guwa idamkan. Tapi, benda yg betul2 jadik kepuasan dan buat guwa mimpi siang malam tu yg akan guwa adakan kewujudannya. Guwa tak rasa cara guwa salah. Cuma yg salah guwa tunaikan kepuasan lebih dari keperluan. Tapi, itu diri guwa yg sebenaqnya. Haters will hate. Tapi guwa,akan teruskan legasi begini sampai mati. 
Kesayangan pertama.
Kehendak kedua.
Kesayangan terakhir.

Monday, June 17, 2013

Kental

Untuk hari esok,lusa,tulat dan hari2 sebelum kiamat dan hari2 sebelum nyawa guwa Tuhan ambil balik,guwa perlukan beberapa guni plastik supaya guwa boleh plastikkan hati guwa supaya jadik kental. Kuat macam harimau. Aumm! Ya Allah..

Saturday, June 8, 2013

Hilang

Mana nak cari gelak tawa manja yg dulu?  Mana nak cari senyum tawa ikhlas yg dulu? 

Sunday, June 2, 2013

Robokop.

Guwa harap guwa seketoi robot yg mampu buat semua benda dan bertahan walau apa pon yg jadik. Tapi nampaknya, guwa masih belum punya kekuatan untuk jadik robot yg hebat melainkan meneruskan kehidupan untuk jadik superwomen yg tiada sebarang kuasa super. Walaupun hari2 superwomen macam guwa charge power,tapi masih tak cukup. Maka sekarang,guwa harap hidup guwa jadik macam filem dan cerita komik dimana? Tetiba datang seorang professor jahat/baik yg ubah guwa jadik super robot. Ya,guw cuma mahu jadik robot kuat yg taktau maksud kesakitan.

Sunday, May 12, 2013

Ikhlas, ini untuk kalian. Haha!

12th May. Yes. Mother's day. Dan juga, hari untuk aku. Nurses day. Tapi, dalam banyak juta manusia biasa yg aku kenal,yang aku jumpa hari2, cuma 2 orang manusia biasa yg aku anggap luar biasa yg betul2 kenal aku. One of it was Puan Mak. Tengahari tadi tengah bekerja, aku dapat kol. It was her. Wishing me.. 'Ngah, selamat hari jururawat!' Diakhiri dengan gelak ketawa riang. Dan seorang lagi, mugkin seorang yg bakal aku panggil emak jika ada jodoh dgn anaknya kelak. Yes, Puan Mak mertua. Texting me early in the morning while wishing me.. 'Ema, selamat hari jururawat!' Ya, terima kasih untuk kedua2 ibu itu. Mom's they'll never makes u regret. Dan untuk yang lain2, terima kasih jugak sebab tak ingat, atau mungkin tak pernah tahu yang ada dua sambutan harini. Dan untuk rakan2 jururawat yg lain terutama anak chelah, selamat hari jururawat. Ya, dan untuk Dr judith yg seawal pagi dah hadiahkankan aku ferrero roche beserta kek, selamat hari ibu untuknya. Ya, dan seorang pesakit yg baru aku kenali, terima kasih untuk kuih muih. Bagi manusia lain yg benar2 aku anggap tiada sebarang keistimewaan atas kalian, terima kasih juga kerana masih perlukan khidmat seorang jururawat seperti aku. Sungguh, aku kecewa. Hahaha

Friday, April 19, 2013

Time is running out.

Kekadang, guwa terpikiaq. Kenapa tadak orang jual masa? Jual lah even sekilo 2,3 riban pon, insyaAllah guwa akan beli. Kekadang, guwa terpikiaq. Sebab apa ada 24jam dalam sehari? Kenapa tak boleh panjang lagi? Kalaulah ada orang yang jual masa lebih beberapa jam dalam sehari, nescaya guwa orang pertama yang akan beli. Lepaih tu, baru guwa sedaq.. Sepanjang mana dan selama mana pon masa yang guwa ada, semua tu takkan pernah cukup untuk guwa buat semua benda.

Friday, April 12, 2013

Abam macho depan pintu rumah.

Lepaih guwa balik dari kerja dengan perasaam marah,bebai dan lapaq disebabkan milo kotak guwa kena curi,guwa dikejukan pula dengan perhimpunan lima orang abam macho depan pintu rumah sewa. Even guwa tengah marah, teruih perasaan tu berubah jadik cuak. Time tu, semua seni mempertahan diri yang guwa blajaq kat sekolah bermain2 dalam otak. Bercampuq2 macam sayuq campuq. Hui! Guwa cuma pikiaq depa nak apakan2 guwa ja. Kehenseman depa truih guwa tak pikiaq pasai cuak tahap keterlaluan. Monolong diantara guwa dan mereka bermula. Baru soalan pertama, guwa dah syak depa nak mai tarik kereta. Tu pon lepaih hipotesis yg guwa cipta menemui jalan yg bener. Kuajaq betei Suriani tu. Tik bayaq duit kereta setaun, guwa plak yg kena soal. Dah la guwa cuak gabra dan lain2 lagi. Hilang semua marah pasai milo kotak kena rembat. Sekiang.

Wednesday, April 3, 2013

Sebulan kehilangan arwah..

Genap sebulan pemergian arwah. Masih kelihatan jasadnya bermanja dengan kami. Terngiang lagi jeritan dan tangisan yang sering dilemparkan. Suaranya, wajahnya, masih kami ingat. Kini, kami punya teman rumah baru. Buat ganti kehilangannya. Tapi, kami masih tak mampu nak hilangkan semuanya tentang arwah. Setabah mana ibunya, tabah jua lah kami. Sekuat mana ayahnya, begitulah dengan kami. Sedalam mana cinta adiknya, dalam jua cinta kami pada dirinya. Pagi ini, kami rindukan arwah. Rindukan semuanya tentang dia. Cuma Alfatihah yang mampu kami berikan buat hilangkan rindu yang tiba2 wujud di hening pagi. Teringat lagi akan sebulan lalu. Tapi, semuanya kami simpan dalam-dalam. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminn.. Alfatihah..

Thursday, March 14, 2013

Sebelas hari selepas pemergian arwah.

Malam ni, aku dengan Nurliyana Fatin dah punya sedikit kekuatan untuk kemas barang2 peninggalan arwah yg masih bersisa buat kenangan. Setiap barang punya cerita, punya kaitan. Walaupun masing2 tahu hati mungkin terusik, kami cuma diamkan. Cuma kadang2, rasa rindu itu ada bila satu demi satu barang arwah kami ambil,lipat,dan simpan. Dari baju yang pernah kami beli serupa, tudung yang separuh gila kami cari, dan akhirnya ke uniform yg sudah siap diseterika, yang membawa sejuta harapan baginya. Semuanya ada kenangan. Kadangkala kami hairan, kenapa perlu ada kenangan? Akhirnya kami sedar, kenangan itulah yang membawa setiap doa kami padanya di sana.. Be safe sayang.. Soon, we'll meet you there.. InsyaAllah, Alfatihah..

Wednesday, March 6, 2013

Catatan hari ketiga selepas pemergian arwah.

Hari ketiga pemergian arwah. Nurliyana Fatin Azali dah move out ke bilik aku. And soon, we'll move out to a new home. A home where we can replenish all the memories of her with a new smile and a new strengh. Baju2,barang2 arwah masih kat tempat yg sama. Ya, kami masih belum jumpa kekuatan untuk kemas semua barang2 arwah. Mohon Allah bagi kekuatan yang luar biasa untuk kami bertiga. Banyak orang minta kami bersabar. Kami cuba walaupun pada saat permulaan, semua ni rasa susah. Cuma doa yang mampu kami titipkan untuk kurangkan rasa pilu yang masih ada. Rest in peace sayang.. Al- Fatihah.

Sunday, March 3, 2013

Branded.

Semalam guwa dah tambah ahli keluarga baru selepas Leha. One of my housemate says ; "takpa beli mahal2 pon. Lu kan memang layan branded" . Ah, itu terus buat guwa annoyed tahap power. Guwa malas nak start gadoh,lalu guwa diam ja. Apa ke bengap sangat statement tu? Ya,even guwa beli mahal,layan branded, guwa pueh hati. Prinsip guwa, biaq beli mahal, janji lambat rosak. Daripada guwa beli yg harga MYR10, better guwa beli yg harga MYR140 terus. Ada warranty lagi. Kalau rosak pon guwa pueh hari.

Monday, February 18, 2013

Muflis.

Harini hari isnin. Permulaan hari yang sibuk. Ya,bodohngok nya guwa harini. Kenapa dan mengapa? Kisah konrot harini bermula apabila guwa mula mendonlod beberapa apps untuk memudahkan kerja2 seharian. Guwa balik dari kerja dalam pukoi 8am, guwa start donlond. Setelah agak lama guwa tunggu semua apps asik loading,maka guwa ambil keputusan untuk lelap sebentar. Sebentar kira2 dalam 4 jam. Usai guwa bangun, guwa lihat semua apps masih loading. Baran guwa. Guwa syak apple dah hampir muflis pasai dah mula tunjukkan tanda2 nazak pada Leha guwa. Sekiang. Jom makan puluit!

Sunday, February 17, 2013

Jamban.

Guwa bengang. Sakit hari,moody dan semua yg negative sedang guwa lalui. Kenapa? Ya.. Kisahnya begini.. Usai guwa mandi selepas balik dari kerja shift malam,guwa mula memalaskan diri di atas tilam yang sama nipis dengan isipadu Leha. Dan tiba2, setelah guwa suci,bersih serta malas untuk bergerak,sang perut mula memikirkan idea jahat supaya guwa bangun ke jamban. Ya,dan akhirnya guwa kalah dengan jamban itu. Sekian.

Friday, February 15, 2013

Cerpen (cerita pendek)

Haritu guwa makan nasik. Boh sotong,boh sayuq dengan ayam. Guwa bayaq dan dia cas guwa 2ringgit 7 kupang. Sekian kisah guwa untuk bulan ni. Adios.

Tuesday, February 5, 2013

I wish,i wish.

Guwa harap besok pagi guwa akan bertukar jadi manusia yang tak punya hari dan perasaan.

Monday, January 14, 2013

a music from a tiny heart

We went to fight again. For the same reasons,we do fight again and again. Yes, for all. It was my stupid damn fault. Without knowing the reasons, i started to blame him. Keep on blaming till i realise…Him; who never give me an expensive things, always give me the memorable things to have. He, who never get all the things that i wanted to have, has never makes me down everytimes on my birthday. He keeps on makes the special day became more and more valuable. He, who never fulfill the promises, has never broke the promises on the day we went to be as yours and mine. Yes, you might not a diamond who can shine, but, you are the glasses that can fill with a lots of love in it. TERIMA KASIH. (: