Saturday, July 5, 2014

Semua orang sibuk nak berubah. Sibuk. Dan salah sorang daripada orang2 tersebut adalah aku. Semua orang asik dengan janji untuk jadi lebih baik. Tapi,mana effort nya? Sepuluh orang mampu cakap dan beri janji untuk berubah. Tapi tanpa sebarang effort, percakapan jadi sia2. Bukan aku katakan aku tak percaya. Tapi,lebih aku katakan aku tak mahu taruh harapan sebab kata2 tanpa sebarang usaha takkan jadi apa2. Sepertimana kau kata mahu berubah jadi lebih baik dari semalam. Ya,kata2 sahaja yg kau berikan. Tapi, mana usahanya? Ada kau cukupkan solat yg berlompang2? Kau kata perubahan mahukan masa. Jadi,adakah mati juga perlukan masa untuk ditangguh2? Manusia. Seringkali jadi bodoh. Sepertimana aku dulu. Namun,setiap kebodohan,ketamakan,suka gembira tanpa Tuhan akan tetap dapat balasan. Sepertimana aku sekarang. Balasan yg mana aku terlalu bersyukur. Ramadhan kali ini benar2 mengubah aku untuk jadi seseorang. 24ttahun aku habiskan dengan bersenang lenang dan meminta bukanpadaNya. Lalu, Dia berikan aku sebuah kehilangan yg mana dah buat aku sedar. Terima kasih.

Sunday, June 29, 2014

Hari pertama ramadhan.

Pagi ini. Hari ini. Permulaan hari berpuasa. Aku kembali berteleku di sejadah buat kali kedua. Menangis dan mengadu pada Yg Esa. Merayu2 memohon petunjuk,memohon kekuatan yg luar biasa. Sungguh. Kadangkala ada hari aku jatuh dan dah xmampu nak bangun berdiri teguh. Hanya Tuhan tempat aku meminta. Moga dipermudahkan segala sehingga kehari ketigapuluh. Perit. Sukar. Rupa2 nya,ini ujian yg Tuhan mahi berikan untuk aku bertahan pada Ramadhan kali ini. Bukan lapaq dan dahaga sebagai ujian. Tetapi,sebuah kehilangan. Doakan aku

Thursday, June 26, 2014

Sebulan berlalu.

Harini. Cukup sebulan. Hati,tabah. Kuat. Teruskan tersenyum. Hari meronta minta sayang itu kembali. Tapi,satu lagi sudut mengatakan aku tak mampu untuk sakit lagi. Tak mampu dikecewakan,di sia2 kan lagi. Kenapa masih berharap pada yg sentiasa mensia2 diri? Kenapa perlu bersedih lagi ema? Sudahlah. Sudah. Bangun. Kembali senyum seperti tiada apa2. Kau mesti kuat. Untuk besok dan hari2 seterusnya. Seperti mana kau kuat berdiri teguh setelah tiga puluh hari semuanya berlaku. Subhanallah. Sungguh,aku perlukan - Mu Tuhan. Bantulah aku. Hilangkan rasa ini.

Tuesday, June 17, 2014

Kekuatan.

Bismillahirrahmanirrahim.. Hari yg entah keberapa dan aku masih macamni. Macam apa? Macamni. Haha. Susah nak eksplain,senang nak rasa. Tuhan tahu dan kau pon pernah rasa. Ya,kau di luar sana. Hari makin berlalu pergi dengan kenangan yg tak sudah. Mata sudah hampir tamat menghabuskan sisa baki air mata yg kerapkali betakung minta dilepaskan. Moga Tuhan beri sedikit lagi kekuatan. Kekuatan yg aku tak jangkakan. Tolong lah Tuhan. Kau gantikanlah semua rasa rindu,sayang dan cunta hamba-Mu ini untuk-Mu. Benar,kau takkan menguji hamba-Mu diluar kemampuan. Cuma,aku minta dipertambahkan kekuatan yg luar biasa agar keesokan hari aku mampu tersenyum sendiri tanpa minta disuruh. Puas aku berdoa,bertasbih. Agar rindu bisa dipindahkan untuk-Mu Tuhan. Moga suara hati yg kecil ini kau dengar. Ya,hebat sungguh perancangan Tuhan. Tersentak aku terfikir. Kerdilnya aku. Susah macamni baru aku mula sujud memohon pertolongan. Susah macamni,baru aku mula bertasbih mohon kekuatan. Ingat lagi aku dgn kata2 seorang teman. 'Hg boleh gerenti sapa jodoh hg?' Yes yes yes. Sekarang baru aku faham. Aku tak mampu. Aku cuma pereka jalan cerita. Dan kesudahannya cuma Tuhan yg tahu. Org yg bersabar akan dapat balasan yg indah nanti. Lalu,aku putuskan utk terus bersabar menghadapi kehidupan yg tak mudah spt yg diimpikan. Hati siapa yg tak terusik bila kebahagiaan ditunjukkan. Hati siapa yg tak ingin punya suami,zuriat penyambung doa? Tapi,perancangan Allah itu hebat. Mungkin kalau bukan di sini,di syurga nanti yg sedang menanti? InsyaAllah pasti. Tamat nukilan hari yg entah keberapa aku bertahan.