Wednesday, August 24, 2011

Pareidolia bukan sejenis ikan pari

readers..
hari neh entri guwa berkaitan dengan suntin yg dipanggil PAREIDOLIA.binatang hapa pareidolia ouh?.PAREIDOLIA bukan pari2 mahupun ikan pari yg guwa requet mak guwa buat asam pedas mahupun jenis sistem perparitan di mesia.namun,beliau adalah...ceh,nama jah ada tenet.hampa search sendrik r.guwa maleh nk bagi penerangan.english guwa dh laa yg high edu pnya.takot hampa tak paham plak.lalalala

paredoila bagi guwa adalah sumtink yg super creepy.secara scientific guwa asa benda neh adalah..errrr.hmmm.ummm.ah,tataw nk eksplain.mau tanya guwa macamna jadik hypertension,cardiac failre,pnadai ah.neh paredoila.sumpah guwa kalah.

ok,neh diantara vid dan gambaq yg guwa search sukasuki kt tenet pasai benda neh.guwa tamaw ckp bnyak even memang guwa xbercakap,namun sedang menaip.guwa nk tunjuk jah.yg len2,ALLAH know's evrythings.

for super awesome image,sila skip ke 1:20




jadik sket2.yg len,pi view sendrik kt gugel,yahu,mokzila etc.okbai

WRITERS SAYS;ENTRI GUWA 2MINGGU NEH MACAM MANDOM PLAK.GUWA YG REREAD NEH PON ASA GELI2.MAAP SEBAB GUWA TAK SEMPAT NAK UPDATE.SEBOK PREPARE EXAM.SO,EXAM GUWA DAH ABEH.MAKNANYA LEPAS HARI NI,GUWA AKAN MULA MENAIP KEMBALI ENTRI2 UNDER LABELS 'THRILLER FIKSYEN'.SUMPAH IDEA GUWA MEMBUAK2.TAPI,BESA LAA.DISEBABKAN GUWA BES STUDENT,BANYAK KOMITMEN,BANYAK PEMINAT NAK KENA LAYAN,TAK SEMPAT PLAK NAK MENAIP.LALALALAL

Wednesday, August 17, 2011

Hari ini,guwa insaf




Musim peperiksaan menjelma kembali.guwa kekadang cemuih jugak dengan peperiksaan neh.alah,guwa taw bukan guwa sowank jah yg cemuih.readers pon sama kan?.sapa yg tak cemuih,guwa anggap abnormal serta cacat.

Minggu depan,guwa yg masih lagi pegang title sebagai student akan menghidapi musim gila secara berkala.besa,exam2 neh suma orang akan jadik gila.tu kira normal laa 2.

Hari neh Nuzul Al-Quran.seperti mana yg diketahui,guwa telah dibenarkan cuti.guwa sebenarnya risau pasai dapat cuti neh.yelah,dah laa guwa ja yg dapat cuti,balik pulak hari2 lewat,pukoi dua lima belas minit petang,walhal member2 guwa suma pulang pukoi 2petang.haish!.hahahahahaah

Okek,sebab hari neh cuti,guwa dah ambik keputusan untuk bangun awai untuk setadi.kira2 jam sebelas lima belas pagi,guwa kejip2 mata bangun.kelihatan,budak2 bilik guwa bangun lagik awai!.ahh,sudah!.dah laa semalam depa pakat sama2 tido lewat sebab menelaah,harineh bangun awai pulak sebab menelaah lagik.tapi,guwa tak berapa nak heran sebab semalam,guwa pon tido lewat jugak disebabkan faktor menelaah adek laptop kesayangan guwa.yalah,apa guna guwa beli mahai2 kalau tak pakai.disebabkan faktor abg beruk guwa yg pantas semalam,guwa jugak telah ambil keputusan untuk menggunakan khidmatnya secara lebih terperinci lagik.satgi maw guwa tak guna,abg beruk guwa terasa hati pulak.hahahahah

Sori2,guwa disini bukan nak cerita pukoi berapa guwa bangun dan guwa membuta.tapi,guwa nak cerita pasai hari neh.ya,guwa sudah insap.betol punya insap.bukan insap secara pura2.

Disebabkan guwa terpaksa menelaah semula semua nota2 daripada semester dua sehingga semester lima,guwa terpaksa menghabehkan masa cuti dan masa tidur guwa secara berat hati.ya,guwa menyesal sebab tak setadi dari setat awai semester hari tuh.tapi,macam besa,guwa rilex2 sahaja.sebab guwa taw dah jadik fitrah alam,guwa memang suka menyesal di saat akhir.baru nampak drama.

Guwa kira jam sudah pukoi sebelas empat puluh lima.guwa mula duduk di meja setadi setelah guwa usai mandi.guwa mulakan dengan mengelamun.setelah guwa dah master subjek mengelamun,guwa mulakan pula dengan subjek menguap.usai,barulah guwa mulakan subjek medical.jam satu petang,guwa berhenti.menyegarkan diri dengan secawan neskepe panas dan biskut hapseng;peberet guwa sejak zaman berzaman.

Dua petang,guwa buka pula subjek yutiub.agak2 hampir master dengan subjek tersebut,guwa capai subjek seterusnya.surgical.hampir enam petang,guwa berhenti seketika.mahu membetulkan anatomy punggung guwa yg sudah flat akibat duduk dalam posisi yg terlalu lama.guwa yakin,jika guwa duduk lagi 2seken,konpom2 guwa akan dapat bedsore serta bernanah di bahagian punggung.bangun dari kerusi,guwa pandang cermin.MasyaAllah!.guwa lihat rupa guwa dah tak serupa diri sendiri.rambut semakin menggerbang,mata semakin menguyu dan lain2 anatomy yg dah guwa rasakan semakin berubah.

6petang,guwa mula menaip di sini.ya,menaip dan terus menaip.sebentar lagi,guwa akan mulakan pula dengan subjek baru;fesbuk diikuti dengan subjek tidur yg guwa sudah dapat degree itu.guwa pasti,guwa sudah berubah dan insap...

SEKIAN

WRITERS SAYS;GUWA LAPAQ NASIK SEBAB STADI LAMA-LAMA.SEBAB TUH GUWA SETOP.TAKOT2 TERBUKAK PULAK.BUKAN SENGAJA2 SETOP OKAY.SILA JANGAN PANDANG SERONG KT GUWA.

Monday, August 15, 2011

Kau jujur?



Malam itu,si dia berpakaian kemas datang ke apartmen guwa.seperti biasa,setibanya dia di muka pintu,guwa peluk erat,kuat2,rapat serta menghadiahkan berjunam2 tikaman tepat di bahagian nadi carotidnya;tempat kegemaran guwa.rebah,jatuh sambil menggelupur.guwa sempat menghadiahkan senyuman terakhir,buat buah tangan untuk dia ke sana nanti.

Usai menjunamkan tikaman di nadi carotid,guwa mula mencari-cari arteri yg sesuai untuk guwa benamkan mata pisau guwa.pisau murah ini,akan guwa benamkan di tempat yg termahal sekali.ya,bahagian arteri;salur darah terbesar yg mengangkut semua darah untuk mengalir ke serata tubuh badan.di situ,akan guwa semat kemas mata pisau itu.sebelumnya,sudah guwa lapik plastik.agar tak bertaburan darah di sekeliling nanti.ah,guwa bukan orang senang nak bersihkan benda2 kotor itu.

Tikaman pertama yg guwa lakukan,tepat mengenai arteri itu.guwa lihat,darah mula memancut2 tanda tidak sabar2 mahu keluar dari saluran itu.guwa biar sang darah memancut.lalu,guwa teruskan dengan aktiviti kedua;mengasingkan organ dalaman.tukul dicari dan pisau digenggam erat tanda sudah sedia.

3kali ketukan,mata pisau sudah terbenam tepat di dada.tarik ke bawah,dan ke bawah.tujahan ketiga guwa lakukan bermula dari trakea sehingga ke bahagian umbilical.guwa robek tulang belulang yg ada di bahagian dada itu.ah,menyukarkan kerja.hampir sejam guwa lakukan belahan.ya,guwa umpama surgeon di tempat sendiri.sejam kemudian,organ dalaman kelihatan.darah kemarahan menyukarkan kerja pengasingan.hampir 5botol air guwa gunakan untuk mencuci bahagian tersebut.usai,guwa mula rentap keluar hati,jantung,paru2 serta organ yg tertinggal.kosong.bahagian hati dan jantung guwa asingkan dalam bekas berlainan daripada organ2 lain.

Bahagian dada sudah guwa lunaskan.yg tinggal cuma kepala,kaki,tangan serta saki baki isi yg berlebihan.semua itu akan guwa bereskan malam ini juga.tidak mahu tertinggal walau secebis pun.guwa berlalu ke bahagian kepala.pertama,guwa asingkan kepala daripada badan.sukar untuk guwa lupuskan si dia nanti jika semuanya berada bersama2.bahagian mata,seperti selalu2,guwa masukkan ke dalam botol kaca.sudah menjadi tabiat untuk menjadikannya sebahagian daripada koleksi peribadi guwa.kaki,tangan dan bahagaian2 lain,guwa potong kecil2.berkat usaha dan ketekunan,guwa usai menceraikan semua bahagian halus2.1beg plastik hitam penuh guwa isi sisa2 tersebut.

Usai melakukan proses pemotongan serta pengasingan,guwa bawa semuanya bersama2 guwa.masuk ke dalam kereta,lalu guwa pecut laju ke rumah si dia.tempat penyimpanan air di bahgian atas,guwa panjat.kepenatan guwa berhasil.bahagian yg guwa ceraikan halus2 tadi,semuanya guwa buang ke dalam sana.ya,sisa darah yg melekat memenuhi tempat simpanan air.kemerahan.guwa pasti semua akan terkejut menjelang pagi.hahaha!.manakala,bahagian kepala,guwa lunaskan di dalam loji kumbahan berdekatan.

Organ dalaman yg guwa asingkan tadi,guwa letak betul dihadapan rumah si perempuan dengan nota kecil terselit;
'INI KAU PUNYA.KITA TAKKAN BEREBUT LAGI.BESOK MUNGKIN KAU PULA.PASTIKAN KAU SEDIAKAN TEMPAT UNTUK BERSEMADI AGAR AKU BOLEH TUNAIKAN PERMINTAAN TERAKHIR KAU.'

*******************************************

Gambar2 itu dilempar tepat ke arah ema.dicapainya,lalu dipandang gambar2 itu.kelihatan,kekasih hati yg disayangi bersama dengan seseorang.seseorang yang cukup dikenalinya.ya,rakan sekelasnya dahulu.entah apa salahnya sehingga ditipu sebegitu.ditipu dengan rakan sekelas sendiri pula.

Semakin hari,hatinya semakin sakit dengan permainan si dia.berpura seperti tiada apa yg terjadi.hakikatnya,si gadis merana.keikhlasan dan kesabarannya diuji lagi.bukan sekali,tapi berkali2.dulu,ema masih mampu bersabar,namun sekarang tidak lagi.dia tidak mahu menjadi lemah seperti ibunya dahulu.diperlakukan seperti boneka oleh bapanya setelah bapanya mendapat isteri baru.pukulan dan sepakan adalah makan harian ibunya.baginya,bapanya adalah manusia bertopengkan binatang.lama ema ambil masa untuk mengubat fobianya terhadap lelaki.namun,kini fobianya kembali menyinar semula.menggamit memori dahulu.ya,semuanya harus dihentikan.

Malam itu,dia nekad untuk hentikan semuanya.yang salah harus dihukum.dia sudah berfikir mahu mecerai2kan si dia sepenuh hati.biar si dia tercerai seperti mana tercerainya hati si ema.

Thursday, August 11, 2011

Merindui sesuatu

Kekadang,kerinduan menjadikan kehidupan lebih sukar dikecap.