Nama guwa Ema. Hebak? Memang hebak punya nama seperti itu. Disebabkan itu, guwa telah ditawarkan untuk jadik superwoman. Ya, superwoman. Geddit? Sebagai seorang superwoman yang super dalam segala hal, guwa punya kuasa yang luar biasa. Guwa mampu bertukar jadik budak paling baik, budak paling baik, dan budak paling baik dalam masa tak sampai sesaat. Hebak? Ya, super bukan. Guwa juga mampu bertukar menjadi sesiapa sahaja yang guwa mahukan dalam masa tidak sampai sesaat. Guwa mampu jadik wanita bertudung litup, mampu jadik wanita berhijab penuh dan mampu jadik wanita yang lengkap dalam segala hal. Hebak bukan?
Ya,guwalah superwoman ema yang mampu bertukar dalam masa kurang sesaat.
Tuesday, February 28, 2012
Monday, February 27, 2012
Kisah android guwa yang patah seribu.. woohhwoohh!
Guwa ada seketoi android. Tapi dululahh.. Sebab sekarang, android guwa dah patah seribu macam retis tu dok nyanyi. Hal ini berlaku disebabkan kucing puan mak telah mengflying kick satu satunya android yang guwa beli pakai duit sendri. Tengah sedap-sedap guwa layan game di android guwa pasai kena kuarantin takbleh on mana-mana alatan elektrik oleh puan mak, tetiba guwa rasa android guwa dah tak berada di tangan lagi. Rupa-rupanya kucing puan mak telah memperdajalkan android guwa disebabkan kurang kasih sayang oleh guwa. Kucing puan mak pernah buat mogok dulu. Tapi guwa tak layan sebab terlalu sibuk melayan peralatan elektrik yang semakin maju mengikut arus peredaran zaman. Ah, zaman moden mana ada orang bela pet secara real. Maka, guwa secara professional telah membela pet di alam maya. Oleh sebab yang demikian, beliau dengan bangangnya telah mematah seribukan android guwa menggunakan segala kudrat yang ada.
Ya, tak lama lagi guwa akan mematah seribukan kucing puan mak itu.
Ya, tak lama lagi guwa akan mematah seribukan kucing puan mak itu.
Labels:
fiksyen
Thursday, February 23, 2012
Mimpi mampu jadi realiti
"Sial, sial, sial!Yuniz kembali mengeluarkan cacian dan makian. Dia cuma mampu mengeluarkan kata-kata tersebut di dalam hati. Di simpan dalam-dalam dalam hatinya. Ah, sudah menjadi perkara biasa untuknya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain. Semuanya akan kembali menyalahkannya.
Meluat gila aku dengan dia sial!"
Seperti biasa, apabila Yuniz marah-marah dan tidak berpuas hati kepada seseorang, dia akan melelapkan mata buat seketika. Ya, cuma di dalam mimpi dia mampu lakukan semuanya. Ya, semuanya. Mimpinya adalah tempat dia berimaginasi untuk membalas dendam dan melepaskan amarahnya. Hari ini, amarahnya ingin dilemparkan kepada sang kekasih hati yang dijumpai sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Benar, dia ingin membalas dendam. Mahu dilakukan di dunia realiti, takut pula dituduh penjenayah. Dia masih mahu membalas jasa kedua orang tuanya itu.
Matanya mula dipejam perlahan-lahan. Seketika, Yuniz telah berada di dalam dunia mimpinya. Imaginasi mula muncul...
Di satu lorong, kelihatan seorang wanita yang penuh dengan perasaan amarah mendekati seorang lelaki. Kayu besbol di tangan tidak disia-siakan. Hayunan kayu besbol yang padu memberikan pukulan yang cukup hebat di muka lelaki tersebut. Semakin kuat si lelaki meminta belas, semakin laju hayunan kayu itu diberikan. Tiga kali cuma, lelaki itu rebah. Diam. Kelihatan jari jemari masih bergerak-gerak. Minta disudahkan. Wanita itu masih tidak puas. Dia mahu lebih!
Kayu besbol dilemparkan ke tepi. Kini, sebilah pisau pemotong pula dipegangnya. Pisau itu didekatkan di jari jemari yang masih bergerak-gerak. Tinggi pisau itu di angkat. Dan, pap! satu tetakan tepat dikenakan di pergelangan tangan. Biar cacat! Tetakan kedua dan seterusnya dikenakan di kesemua anggota. Bahagian anterior dada juga dikenakan tetakan menggunakan pisau yang sama. Ah, bosan barangkali, pisau dicampak ke tepi. Kini, muncul pula tukul besi seberat lima kilogram di tangan wanita itu.
Hentak, hentak dan hentak. Kelihatan otak si lelaki berterabur di lorong gelap itu. Bau hanyir darah mengghairahkan si wanita. Serigala-serigala peliharaan mula dilepaskan. Berkeliaran sang serigala mengutip sisa daging yang bertaburan di lorong itu. Ada yang menggonggong kaki, lengan dan serpihan otak. Masing-masing mula menjalankan kerja pembersihan.
Usai, Yuniz mula tersedar dari mimpi. Tersenyum puas kerana dendamnya mampu dilunaskan. Dia ketawa geli hati mengenangkan keadaan tersebut.
Besoknya.. Yuniz terkesima apabila membaca keratan depan akhbar yang berada di meja kerjanya. Diamati gambar-gambar yang diambil oleh sang wartawan. Seprti dikenali. Dibaca pula sedikit ayat yang tertera. Nama mangsa memang dikenali. Tempat mangsa dijumpai juga seperti pernah di lawati. Yuniz pelik. Tergamam. Ah, mana mungkin mimpi mampu jadi realiti?
Tapi dalam diam, dia tersenyum. Mungkin mimpi mampu dibawa ke realiti.
Labels:
Thriller Fiction
Subscribe to:
Posts (Atom)

