Disebabkan kebisingan yang kian memuncak, suara bingit itu berjaya mengejutkan guwa dari mimpi-mimpi indah. Lambat-lambat guwa bangun sambil mulut terkumat kamit di sana sini mengeluarkan kata-kata berbaur makian,cacian dan ugutan yang cuma guwa sendiri fahami.
Usai membersihkan diri, seperti kebiasaan, guwa ke luar rumah. Capai penyapu dan mula menyapu. Sambil-sambil menyapu, guwa lihat akan kelibatnya lalu di hadapan guwa dengan gahnya. Siak! Ah, guwa benci kelibat itu. Terlalu benci. Kelibat yang suka menggangu tidur seharian guwa, kelibat yang suka mengucar ngacirkan hari-hari guwa yang tenang. Disebabkan dia juga, guwa terpaksa bersusah payah sekian hari untuk memuaskan hati semua orang. Semakin hari, hati guwa semakin membara. Seperti mahu dihapuskan sahaja dirinya dari muka bumi ini. Agar guwa puas dan tenang
menjalani kehidupan harian.
Malam itu, guwa melabuhkan badan di kamar peraduan seperti biasa. Imaginasi luarbiasa guwa mula memutar belitkan fikiran. Otak guwa mula ligat berfikir. Berfikir untuk menghapuskan si dia. Dia yang guwa benci!
Guwa pejam mata rapat-rapat dan memulakan imaginasi. Dalam imaginasi, guwa lihat, kakinya guwa pegang. Guwa gantung pada satu kayu khas. Biar si dia tergantung-gantung menangung siksaan yang bakal guwa berikan nanti. Cecair jernih yang guwa isi cecair kebas itu, guwa mula suntik di bahagian anusnya. Guwa juga berperikemanusiaan. Tidak mahu si dia sakit dalam upacara tersebut. Lalu, jarum yang kerap digunakan oleh paramedik untuk menjahit luka terbuka guwa aplikasikan kepada si dia. Sedikit demi sedikit guwa jahit. Biar tertutup semua bahagian anusnya. Hahahaha! Guwa ketawa senang hati melihat keadaannya begitu. Lalu, cepat-cepat guwa buka mata seraya bermonolog sendirian sambil melihat fotonya di talifon bimbit guwa yang baru guwa ambil tadi.
" Imaginasi itu akan guwa aplikasi di dunia nyata kelak! "Ya, percayalah. sang ayam yang gemar menyelerakkan najis. Siak! Bunyi plak dah!
No comments:
Post a Comment