Aku punya keluarga. Ya, keluarga. Seperti kalian. Namun keluarga aku tak seperti keluarga. Di mata kalian, mungkin aku bahagia. Tapi, pernah kalian lihat dalamannya bagaimana? Suatu hari, aku berjaya mendapat kerja. Tapi jauh dari tanahair. Ibuku membantah keras pemergian aku. Katanya, banyak duit yang bakal dibelanjakan. Juga, ibuku tidak langsung percaya akan kebolehan aku menjaga diri. Lalu, aku dengan tekad mahu pergi juga. Pergi dari sini kerana sudah lama aku menunggu peluang untuk jauh darinya. Bertahun di negeri orang, langsung aku tidak pulang. Cuma kiriman wang saja yang pulang ke tanahair setiap bulan. Ya, aku gembira begitu. Gembira hidup dengan orang asing. Bagi aku, orang asing adalah keluarga. Orang asing adalah peneman, mereka lebih memahami dan menyayangi.
siapa aku? aku adalah seketoi mesin faks. hebak kan aku boleh pos duit kat makpak di kampong. wuuu. hebak!
No comments:
Post a Comment