Sunday, May 12, 2013
Ikhlas, ini untuk kalian. Haha!
12th May. Yes. Mother's day. Dan juga, hari untuk aku. Nurses day. Tapi, dalam banyak juta manusia biasa yg aku kenal,yang aku jumpa hari2, cuma 2 orang manusia biasa yg aku anggap luar biasa yg betul2 kenal aku. One of it was Puan Mak. Tengahari tadi tengah bekerja, aku dapat kol. It was her. Wishing me.. 'Ngah, selamat hari jururawat!' Diakhiri dengan gelak ketawa riang. Dan seorang lagi, mugkin seorang yg bakal aku panggil emak jika ada jodoh dgn anaknya kelak. Yes, Puan Mak mertua. Texting me early in the morning while wishing me.. 'Ema, selamat hari jururawat!' Ya, terima kasih untuk kedua2 ibu itu. Mom's they'll never makes u regret. Dan untuk yang lain2, terima kasih jugak sebab tak ingat, atau mungkin tak pernah tahu yang ada dua sambutan harini. Dan untuk rakan2 jururawat yg lain terutama anak chelah, selamat hari jururawat. Ya, dan untuk Dr judith yg seawal pagi dah hadiahkankan aku ferrero roche beserta kek, selamat hari ibu untuknya. Ya, dan seorang pesakit yg baru aku kenali, terima kasih untuk kuih muih. Bagi manusia lain yg benar2 aku anggap tiada sebarang keistimewaan atas kalian, terima kasih juga kerana masih perlukan khidmat seorang jururawat seperti aku. Sungguh, aku kecewa. Hahaha
Friday, April 19, 2013
Time is running out.
Kekadang, guwa terpikiaq. Kenapa tadak orang jual masa? Jual lah even sekilo 2,3 riban pon, insyaAllah guwa akan beli. Kekadang, guwa terpikiaq. Sebab apa ada 24jam dalam sehari? Kenapa tak boleh panjang lagi? Kalaulah ada orang yang jual masa lebih beberapa jam dalam sehari, nescaya guwa orang pertama yang akan beli. Lepaih tu, baru guwa sedaq.. Sepanjang mana dan selama mana pon masa yang guwa ada, semua tu takkan pernah cukup untuk guwa buat semua benda.
Friday, April 12, 2013
Abam macho depan pintu rumah.
Lepaih guwa balik dari kerja dengan perasaam marah,bebai dan lapaq disebabkan milo kotak guwa kena curi,guwa dikejukan pula dengan perhimpunan lima orang abam macho depan pintu rumah sewa. Even guwa tengah marah, teruih perasaan tu berubah jadik cuak. Time tu, semua seni mempertahan diri yang guwa blajaq kat sekolah bermain2 dalam otak. Bercampuq2 macam sayuq campuq. Hui! Guwa cuma pikiaq depa nak apakan2 guwa ja. Kehenseman depa truih guwa tak pikiaq pasai cuak tahap keterlaluan. Monolong diantara guwa dan mereka bermula. Baru soalan pertama, guwa dah syak depa nak mai tarik kereta. Tu pon lepaih hipotesis yg guwa cipta menemui jalan yg bener. Kuajaq betei Suriani tu. Tik bayaq duit kereta setaun, guwa plak yg kena soal. Dah la guwa cuak gabra dan lain2 lagi. Hilang semua marah pasai milo kotak kena rembat. Sekiang.
Wednesday, April 3, 2013
Sebulan kehilangan arwah..
Genap sebulan pemergian arwah. Masih kelihatan jasadnya bermanja dengan kami. Terngiang lagi jeritan dan tangisan yang sering dilemparkan. Suaranya, wajahnya, masih kami ingat. Kini, kami punya teman rumah baru. Buat ganti kehilangannya. Tapi, kami masih tak mampu nak hilangkan semuanya tentang arwah. Setabah mana ibunya, tabah jua lah kami. Sekuat mana ayahnya, begitulah dengan kami. Sedalam mana cinta adiknya, dalam jua cinta kami pada dirinya. Pagi ini, kami rindukan arwah. Rindukan semuanya tentang dia. Cuma Alfatihah yang mampu kami berikan buat hilangkan rindu yang tiba2 wujud di hening pagi. Teringat lagi akan sebulan lalu. Tapi, semuanya kami simpan dalam-dalam. Moga rohnya dicucuri rahmat. Aminn.. Alfatihah..
Subscribe to:
Posts (Atom)