Tuesday, February 28, 2012

Ema the superwoman

Nama guwa Ema. Hebak? Memang hebak punya nama seperti itu. Disebabkan itu, guwa telah ditawarkan untuk jadik superwoman. Ya, superwoman. Geddit? Sebagai seorang superwoman yang super dalam segala hal, guwa punya kuasa yang luar biasa. Guwa mampu bertukar jadik budak paling baik, budak paling baik, dan budak paling baik dalam masa tak sampai sesaat. Hebak? Ya, super bukan. Guwa juga mampu bertukar menjadi sesiapa sahaja yang guwa mahukan dalam masa tidak sampai sesaat. Guwa mampu jadik wanita bertudung litup, mampu jadik wanita berhijab penuh dan mampu jadik wanita yang lengkap dalam segala hal. Hebak bukan?

Ya,guwalah superwoman ema yang mampu bertukar dalam masa kurang sesaat.

Monday, February 27, 2012

Kisah android guwa yang patah seribu.. woohhwoohh!

Guwa ada seketoi android. Tapi dululahh.. Sebab sekarang, android guwa dah patah seribu macam retis tu dok nyanyi. Hal ini berlaku disebabkan kucing puan mak telah mengflying kick satu satunya android yang guwa beli pakai duit sendri. Tengah sedap-sedap guwa layan game di android guwa pasai kena kuarantin takbleh on mana-mana alatan elektrik oleh puan mak, tetiba guwa rasa android guwa dah tak berada di tangan lagi. Rupa-rupanya kucing puan mak telah memperdajalkan android guwa disebabkan kurang kasih sayang oleh guwa. Kucing puan mak pernah buat mogok dulu. Tapi guwa tak layan sebab terlalu sibuk melayan peralatan elektrik yang semakin maju mengikut arus peredaran zaman. Ah, zaman moden mana ada orang bela pet secara real. Maka, guwa secara professional telah membela pet di alam maya. Oleh sebab yang demikian, beliau dengan bangangnya telah mematah seribukan android guwa menggunakan segala kudrat yang ada.

Ya, tak lama lagi guwa akan mematah seribukan kucing puan mak itu.

Ini hebak! Mak pleasee....

FUYYOH!

Thursday, February 23, 2012

Mimpi mampu jadi realiti

"Sial, sial, sial!
Meluat gila aku dengan dia sial!"
Yuniz kembali mengeluarkan cacian dan makian. Dia cuma mampu mengeluarkan kata-kata tersebut di dalam hati. Di simpan dalam-dalam dalam hatinya. Ah, sudah menjadi perkara biasa untuknya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain. Semuanya akan kembali menyalahkannya.

Seperti biasa, apabila Yuniz marah-marah dan tidak berpuas hati kepada seseorang, dia akan melelapkan mata buat seketika. Ya, cuma di dalam mimpi dia mampu lakukan semuanya. Ya, semuanya. Mimpinya adalah tempat dia berimaginasi untuk membalas dendam dan melepaskan amarahnya. Hari ini, amarahnya ingin dilemparkan kepada sang kekasih hati yang dijumpai sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Benar, dia ingin membalas dendam. Mahu dilakukan di dunia realiti, takut pula dituduh penjenayah. Dia masih mahu membalas jasa kedua orang tuanya itu.

Matanya mula dipejam perlahan-lahan. Seketika, Yuniz telah berada di dalam dunia mimpinya. Imaginasi mula muncul...

Di satu lorong, kelihatan seorang wanita yang penuh dengan perasaan amarah mendekati seorang lelaki. Kayu besbol di tangan tidak disia-siakan. Hayunan kayu besbol yang padu memberikan pukulan yang cukup hebat di muka lelaki tersebut. Semakin kuat si lelaki meminta belas, semakin laju hayunan kayu itu diberikan. Tiga kali cuma, lelaki itu rebah. Diam. Kelihatan jari jemari masih bergerak-gerak. Minta disudahkan. Wanita itu masih tidak puas. Dia mahu lebih!

Kayu besbol dilemparkan ke tepi. Kini, sebilah pisau pemotong pula dipegangnya. Pisau itu didekatkan di jari jemari yang masih bergerak-gerak. Tinggi pisau itu di angkat. Dan, pap! satu tetakan tepat dikenakan di pergelangan tangan. Biar cacat! Tetakan kedua dan seterusnya dikenakan di kesemua anggota. Bahagian anterior dada juga dikenakan tetakan menggunakan pisau yang sama. Ah, bosan barangkali, pisau dicampak ke tepi. Kini, muncul pula tukul besi seberat lima kilogram di tangan wanita itu.

Hentak, hentak dan hentak. Kelihatan otak si lelaki berterabur di lorong gelap itu. Bau hanyir darah mengghairahkan si wanita. Serigala-serigala peliharaan mula dilepaskan. Berkeliaran sang serigala mengutip sisa daging yang bertaburan di lorong itu. Ada yang menggonggong kaki, lengan dan serpihan otak. Masing-masing mula menjalankan kerja pembersihan.

Usai, Yuniz mula tersedar dari mimpi. Tersenyum puas kerana dendamnya mampu dilunaskan. Dia ketawa geli hati mengenangkan keadaan tersebut.

Besoknya.. Yuniz terkesima apabila membaca keratan depan akhbar yang berada di meja kerjanya. Diamati gambar-gambar yang diambil oleh sang wartawan. Seprti dikenali. Dibaca pula sedikit ayat yang tertera. Nama mangsa memang dikenali. Tempat mangsa dijumpai juga seperti pernah di lawati. Yuniz pelik. Tergamam. Ah, mana mungkin mimpi mampu jadi realiti?

Tapi dalam diam, dia tersenyum. Mungkin mimpi mampu dibawa ke realiti.

Monday, February 20, 2012

Hang taw buat?

Bismillahirrahmanirrahim...

Aum!
Bodo gila. Dok aum2 apa.Cacat ka woi. Ah, tu bukan maksud sebenaq guwa post entri neh. Setelah lapan tahun menghilang, hari ini guwa muncul semula dengan entri baru. Bukan hapa, guwa hilang lama-lama pasai nak pi tuntut ilmu masak memasak nih.

Baidewei, setelah lama menghilang, akhirnya, guwa berjaya cipta resipi puding caramel. Lambat pi laa.Yang penting guwa taw buat. Hang taw? Sure laa hang taktau kan? Hakhakhak. Amboih, awat smug gila ni aihh..

1stly, hg mesti laa ada bahan-bahan nk buat benda paling payah ni.
PUDING.
Teloq ayam pure 3bijik.
Kuning teloq ayam 2bijik.
400ml susu segaq/caiq
5sudu besaq gula haluihh.
2-3 titik esen vanila.
KARAMEL.
5sudu besaq gula.
2sudu besaq ayaq.

Mula-mula nak buat, hg kena baca bismillah dulu lah bagi muslim. Non's, hampa bleh bertafakur dulu ekot kehendak hati hampa laa.

KARAMEL
1. Masuk gula dgn 1sudu besaq ayaq dlm periuk mak hg. Dah gula tu agak2 perang, hang boh plak belen ayaq lagi 1sudu tuh. Masak laa sampai perang2. Then, tuang dalam loyang, pastu letak tepi sat. Buat tak reti jah kt karamel tu for a while.
2. Boh plak kuning teloq,teloq ayam hat pure tu dalam mangkuk mak hang. Kacau slowly sambil boh gula sikit2. Hang kacau lemah lembut sikit oi. Satgi ada bubble, jenuh hang nak kaverage. Kacau laa samapai sebati. Maw 3jam kacau pon xsebati lagi, hang teroih kacau lagi dan lagi biaq putuih tangan.
3.Lepaih tu, hang pi laa masak susu tu. Hang boh esen vanila sikit. Hang jangan dok biaq mendidih plak susu tu. Agak-agak hangat tu, hang angkat lah. Dalam 60 darjah selsiusss.. Maw hang taktau nak agak, pi farmasi, beli thermometer. Paham?
4.Lepaih hang angkat susu hat still hangat lit-lit tadi, hang tuang laa dalam mangkuk mak hang yg ada adunan teloq + gula yg hang dah prepare tadi. Boh pelan-pelan. Bukan pa, takut meletup satgi, guwa takmau jawab hapa nohh..
5. Pastu, semua benda yang hang dah mix tu, hang pi laa tuang dalam loyang hat hang boh caramel tadi nun.
6. Kendian, hang tutup laa loyang tu pakai aluminium foil. Buat dua layer. Tapi, guwa tutup pakai tudung periuk mak guwa jah pasai tak mampu nak beli aluminium foil jadah tuh.
7. Lalu, hang kukus laa setengah jam. Bukak api takpayah laa kuat-kuat. Satgi hangit plak. Lagipun, boleh jimat gas mak hang kan?
8. Bila masak, hang simpan dalam fridge. Baru lazat sampai jilat bulu kaki.

Ni ada gambaq hat guwa sempat snap tadi. Tak sempat snap banyak-banyak. Kaluittt dok prepare barang-barang. Sekiang.

MIXING TELOQ, GULA. SEBELAH TU,CARAMEL. ISH,SEGAK SUNGGUH AIH!

MIXING TELOQ, GULA, SUSU. SEBELAH TU, CARAMEL. ISH, KAMBING. AWAT DOK ULANG 2X NEH NTAH!

BILA HANG BOH DALAM LOYANG, JADIK LAGU NEH LAA. TERER DAK GUWA? ISH, DOK LAGU-LAGU APA!

SIAP! BLEH SEDEKAH KAT JIRAN, MAK MENTUA, ORANG KAMPONG. BUAT JUAI PON BLEH. DUIT SEMUA TUH!

Friday, February 10, 2012

Siapa 'ADAM' kita nanti?

"JODOH ITU RAHSIA ALLAH.."
SEKUAT MANA KITA SETIA,
SEHEBAT MANA KITA MERANCANG,
SELAMA MANA KITA MENUNGGU,
SEKERAS MANA KITA BERSABAR,
SEJUJUR MANA KITA MENERIMA KEKASIH KITA,
JIKA ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA TIDAK MENULIS JODOH KITA BERSAMA KEKASIH KITA,
KITA TETAP TIDAK AKAN BERSAMA DENGANNYA..
NAMUN, KITA HARAP..
DIA BAKAL JADI ADAM KITA NANTI..
AMEENNN..

Thursday, February 9, 2012

Buat tontonan dancer-dancer kangiaq.

Kemaih keming!

Lesen D?

Ok Assalamualaikum peeps! tak jawab dosa, jawab sayanggg...

Seriously i dah ada lesen memandu malaysia yang sah digunapakai oi. MasyaAllah.. Excited betoi bila dapat-dapat lesen tuh. Along the way, i keep on smiling je sampai bila dah balik neh, urat-urat pipi semua jadik tegang. Makan pon tak lalu dah sebab teringatkan kereta Encik ayah kat rumah. Hahaha. But, belum sampai rumah lagi i dah try mintak drive. I ingat tak dapat dah. But, dapat jugak. Biasa, i can terer.. Tekemut-kemut i bawak polang.

Ekcelli, my home dengan tempat makan tu takda laa jaoh mana. Kentut pon dengaq. But, disebabkan i yang drive that car, benda yang sploh menet pon dah jadik 30minuites. Ketaq kepala lutuittt.. I keep on hold stereng tu ja. While si KAO tu keep on laughing at me. Baguih laa tu oi. Tapi, i kan hebat, so i manage to drove that car sampai rumah even i berani bawak takat-takat 40km/j je. Memang 1stly tu bila ketaq melampau, i langsong tak change any gear. So, dapat imagine dak kereta yang you ol bawak just dalam gear 1 ja? Dah sampai rumah, i pon nak belok masuk. But then, jadik stuck. Kereta belakang depan menderu-deru. Last-last, i tak belok pon sebab ketiaqqqq . Maka, berhenti kat bahu jalan ja. Mak oi! But then, budak kuat gelak tu dengan tiba-tiba jadi orang 1st yang i bawak after dapat license neh. Kembang letteww...

Tuesday, February 7, 2012

appreciate.

Kehadapan manusia..

Tolonglah hargai setiap apa yang kau ada. Do remember to say thanks even it was for a small little tiny things. Those "TERIMA KASIH" words will make a big smile. Do trust me. That magic words will make your life and others happier than before. So, a lot of TERIMA KASIH sebab sudi membaca.

Thursday, February 2, 2012

Buat malu rakyat kangaq ja woi!

KANGAR, Budak 15tahun didapati dilempang, disepak, ditrajang serta ditarik rambut disebabkan pos-pos yang tidak ketahuan hala di fesbuk. Takdak apa. Kes dipercayai atas sebab berebut laki-laki. Ah, syoq laa jadik budak laki tuu. Pompuan-pompuan dok gadoh brebut hang!


Budak pompuan tersebut jugak didapati dipukoi oleh kakak-kakak senior 17tahun didepan skolahnya pada pukoi 6petang,2hari yang lalu. Maka,mangsa dimasukkan ke hospital Tengku Fauziah pukoi 1smalam pasai cedera sebab kena hentak. Hebak!

Untuk berita lebih mendalam,sila layari lamanweb NewStraitsTime: Facebook feud ends in assault - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/local/general/facebook-feud-ends-in-assault-1.40751#ixzz1lCcW9TSk

Menyanyilah LaLiLoLu

Sapa kata kita tak minat lagu melayu even ada certain2 lagu yang liriknya tak masuk akai la. Tapi, Malaysia pon can produce a got entertainer hapa. Tudia,sropa AVRIL ooo! Hebak!


Di sebalik sejuta bayangan wajah
Tiada satu mampu ku lihat
Bagai debu yang berterbangan sekelip hilang

Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

Ku mencari jawapan dan kepastian
Tak ingin lagi bersendiri,
Agar tiada sepi hati mekar mewangi


Tersembunyi tangisan dalam ketawa
Menagih kasih tanpa cinta
Bagai lagu tanpa irama
Pincanglah asmara

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…

Ku dambakan kehangatan
Belaian mu oh.. cinta
Kaku jasad, tak bernyawa

Di sebalik berjuta bayangan
Namun tak ku lihat
Mencari kasih dan cinta
Bersatu dalam irama

Tercipta nada, laguku menghibur hati yang resah
Menyusun kata, laguku memujuk hati yang resah
Menyanyilah lalalala… lalalaa…