Sunday, June 19, 2011

segar




Hari ni nak siapkan tempahan. Tak boleh lambat. Nanti bos marah. Masalahnya, bukan aku lembik sangat nak buat kerja. Tapi stok tak ada.

Customer pulak tak reti sabar ke. Sial. Kalau aku ternak babi tadi lainlah, babi, bagi makan tahi dah membiak beranak pinak. Tak perlu ubat subur.

Ah Chong pulak lambat. Kata pagi-pagi lagi akan sampai. Taulah service dia laku. Takkan tak ada masa nak hantar stok? Hantar la cepat-cepat. Bos bukan bayar hutang kot. Cash lagi. Bayar mahal, tapi service hamsap! Sial tol Ah Chong ni. Ntah-ntah hantar stok pada kedai lain dulu. Patutlah aku dengar ura-ura ada port lain boleh lampiaskan nafsu gila customer.

Tak boleh jadi. Mau lingkup bisnes bos kalau lama-lama macam ni. Hati customer yang sangap tu nak di penuhkan jugak. Dorang tau dapat, bayar dan paling penting servecepat. Kalau lambat sikit, meradang. Dasar nafsu setan.

“Ah Seng...”. sapa pulak panggil aku nih? Ahh..minah ni lagi! Tak serik-serik agaknya tunjok muka kat aku? Ingat dah mampos..p ada kudrat lagi rupanya. Rambut kusut. Muka cengkung. Sah, baru lepas projek lah tu. Jalan pun bergegar lutut, masih nak tunjuk muka ke?

“Apa lu mau Memei?”

“Gua ada stok, mau kasi lu angkat”

“Mana lu dapat?”

“Wa punya maa...baru lagi ni. Fresh”

“Berapa lama sudah lu punya?”

“Baru 3 bulan...lu mau angkat atau tidak?”mau ugut2 pula. Dengan muka kau yang serabai tu, aku tahu la, kau terdesak.

“Boleh-boleh. harga bayar lebih sikitlah. Sebab lu punya fresh”.

Aku ambil plastik dari tangan memei yang terketar-ketar. Dah tau diri tak larat, masih mahu melayan. Tapi bagus juga, bos untung.

“Ah Seng! Stok sudah sampai ka?”

“belom! Tapi Memei kasi stok! 3 bulan punya!”

Tergocoh-gocoh muka tauke nak mampus tu berlari ke arah aku. Muka berseri-seri. Aku fahamlah tu.

“Lu masak sup, kasi gua makan. Jangan jual. Kasi wa makan fresh punya. Nanti Ah Chong sampai, baru lu jual sup”.

Orang tua ni pun ada hati nak makan sup khasiat aku. Hidup lagi ke anu? Rambut dah putih atas kepala, tak sangka ada nafsu lagi. Hahahaha.

Aku keluarkan stok daging tadi ke dalam besen kecil di dalam singki. Masih berdarah. Panas. Memang fresh. Sambil bersiul-siul, aku cuci daging fresh tadi.

“Bosss!! Lu mau masak betol-betol, atau separuh masak??!!”

“Lu masak sekejap saja! Tak payah potong! Wa takut hilang manis daging kalau lu masak lama2!”

TAKKKKK! Dapur gas ku nyalakan. Ramuan sup yang telah sedia panas ku didihkan lagi. Biar betol-betol panas. Senang. Tak perlu reneh daging. Curah saja sup atas daging. Sudah 5 tahun duduk dengan bos, aku hafal seleranya yang suka daging mentah.

Daging sebesar tapak tangan aku, aku letak dalam mangkuk yang besar. Sungguh comel bila daging kecil di letak dalam mangkuk yang besar.

Senduk sup. Tuang dalam mangkuk.

Ssssrrrrrr! Ennkkk!

Pandai pulak bebunyi daging ni. Hidup lagi ke? Terus pucat. Kira oklah tu, kulit daging masak kena air panas. Mesti lebih sedap.

Hidang.

Slrppppppp!

Gelojoh punya orang tua. Tak melecet kah lidah dengan sup yang panas??!

“Slrrrrppppppp!! Sedap sup ini ya, manis! Mungkin sebab ibunya. Memeikan sedap...tentunya janin dia pun sedap! Hahahahahaha!”

sources : http://kontrolhisteria.blogspot.com/2011/06/segar.html

No comments:

Post a Comment