Wednesday, May 30, 2012

Rakan rasuah si mangsa mungkin anda?


Haritu hari khamis. Seperti biasa guwa pergi ke rumah Encik Hitam. Katanya, ada tugasan yang ingin diberikan. Ah, sudah pastinya tugasan yang sama. Cuma mangsa yang berbeza. Sampai di hadapan pintu rumah Encik Hitam, guwa bunyikan loceng dua kali. Seketika, kelihatan seorang kanak-kanak kecil berbaju biru memegang sebatang lolipop di tangan membuka pintu. Di sebelah tangan lagi terdapat sehelai sampul surat putih yang dituliskan nama guwa di tengahnya. Pantas, guwa ambil sampul surat dan berlalu pergi. Sambil berjalan menghala ke arah bertentangan dari rumah, guwa buka sampul. Di dalamnya terdapat sekeping cip hitam yang biasa sahaja. Namun, isinya luar daripada yang biasa-biasa. Guwa tuju ke kafe siber berhadapan dan masukkan cip untuk dibaca oleh komputer. Didalamnya tertera maklumat peribadi mangsa serta sebab musabab untuk dihapuskan. Mangsa adalah seorang penderma setia ke masjid serta surau-surau yang memerlukan. Namun, menjalankan kaedah rasuah di kalangan orang atasan untuk mengaut keuntungan. Sedtelah butir-butir peribadi disahkan, guwa berlalu mahu jalankan tugas. Malam itu, guwa tunggu di hadapan surau. Sudah bersedia dengan agenda seterusnya. Tayar keretanya guwa pancitkan dari awal. Tertonggek-tonggek sang mangsa membetulkan tayar. Seperti professional, guwa datang dari belakang sambil acukan senjata yang kedap bunyi. 3das cuma, mangsa rebah mencium tayar. Mangsa guwa bawa ke rumah supaya senang organnya dibahagikan nanti. 3 jam guwa ambil mangsa untuk bahagikan organ-organ dalaman mangsa. Satu persatu akan dihantar ke rumah rakan rasuahnya. Ya, satu persatu. Andaikan salah seorang tidak memperolehinya, maka si dia mungkin mangsa seterusnya. Mungkinkah anda?

No comments:

Post a Comment