Thursday, March 14, 2013

Sebelas hari selepas pemergian arwah.

Malam ni, aku dengan Nurliyana Fatin dah punya sedikit kekuatan untuk kemas barang2 peninggalan arwah yg masih bersisa buat kenangan. Setiap barang punya cerita, punya kaitan. Walaupun masing2 tahu hati mungkin terusik, kami cuma diamkan. Cuma kadang2, rasa rindu itu ada bila satu demi satu barang arwah kami ambil,lipat,dan simpan. Dari baju yang pernah kami beli serupa, tudung yang separuh gila kami cari, dan akhirnya ke uniform yg sudah siap diseterika, yang membawa sejuta harapan baginya. Semuanya ada kenangan. Kadangkala kami hairan, kenapa perlu ada kenangan? Akhirnya kami sedar, kenangan itulah yang membawa setiap doa kami padanya di sana.. Be safe sayang.. Soon, we'll meet you there.. InsyaAllah, Alfatihah..

No comments:

Post a Comment