Saturday, July 5, 2014

Semua orang sibuk nak berubah. Sibuk. Dan salah sorang daripada orang2 tersebut adalah aku. Semua orang asik dengan janji untuk jadi lebih baik. Tapi,mana effort nya? Sepuluh orang mampu cakap dan beri janji untuk berubah. Tapi tanpa sebarang effort, percakapan jadi sia2. Bukan aku katakan aku tak percaya. Tapi,lebih aku katakan aku tak mahu taruh harapan sebab kata2 tanpa sebarang usaha takkan jadi apa2. Sepertimana kau kata mahu berubah jadi lebih baik dari semalam. Ya,kata2 sahaja yg kau berikan. Tapi, mana usahanya? Ada kau cukupkan solat yg berlompang2? Kau kata perubahan mahukan masa. Jadi,adakah mati juga perlukan masa untuk ditangguh2? Manusia. Seringkali jadi bodoh. Sepertimana aku dulu. Namun,setiap kebodohan,ketamakan,suka gembira tanpa Tuhan akan tetap dapat balasan. Sepertimana aku sekarang. Balasan yg mana aku terlalu bersyukur. Ramadhan kali ini benar2 mengubah aku untuk jadi seseorang. 24ttahun aku habiskan dengan bersenang lenang dan meminta bukanpadaNya. Lalu, Dia berikan aku sebuah kehilangan yg mana dah buat aku sedar. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment