Friday, October 21, 2011

Hiv +ve , Hepatitis B


Pagi itu seperti biasa Khairil mengambil beberapa spesimen darah dari pesakitnya untuk dihantar bagi tujuan pemeriksaan di makmal. Berhadapan dengan pesakit yang mempunyai pelbagai diagnosis dan masalah kesihatan merupakan perkara biasa baginya. Namun,hari ini berbeza kerana pesakitnya lebih ramai yang didiagnoskan dengan penyakit berbahaya. Sudahlah menghidap HIV, ditambah pula dengan Hepatitis B. Oh,malang sungguh. Namun,sebagai seorang doktor yang baru mula berkhidmat, Khairil harus tunjukkan kerajinan.

Pesakit pertama diambil darahnya sebanyak 15cc. 10cc darah dimasukkan ke dalam tabung uji,manakala 5cc lagi dibiarkan di dalam syringe itu. Needle yang terbuka di recap semula bagi mengelakkan komplikasi 'needle prick injury' yang ditakuti setiap kakitangan kesihatan.Syringe yang masih berisi dimasukkan ke dalam kocek baju. Elak pembaziran. Lebihan darah tersebut akan digunakan untuk tujuan lain. Khairil cuma mampu senyum mengingat kembali rencananya setelah pulang dari kerja nanti.

Tepat jam 5 petang,Khairil usai menghabiskan tugasan. Dicapainya beg yang berisi baju di bilik yang dikhaskan lalu segera bergerak pulang. Sebelum itu, dihantar dahulu pesanan ringkas kepada kekasih hati untuk di ajak berjumpa.

Malam itu seperti biasa,Khairil tiba di hadapan apartment sang gadis yang di bayar sewanya oleh Khairil. 3 tahun perkenalan, semuanya di taja oleh Khairil. Sang gadis cuma duduk goyang kaki sahaja. Mereka berjanji mahu makan di restoren berhampiran sahaja kerana Khairil terpaksa pulang awal akibat kesibukan kerja nya.

Usai memesan makanan, Sang gadis meminta diri untuk ke tandas,air yang di pesan, sampai di meja seminit sejurus sang gadis berlalu ke tandas. Khairil mula mengeluarkan sebiji ubat tidur untuk di masukkan ke dalam minuman. Ah, efek masih lambat. Sempat lagi jika mahu bersembang2.

30 minit cuma, kesan ubat mula terasa. Sang gadis minta untuk pulang awal kerana ketidakselesaan yang dialami. Khairil cuma ikut sahaja. Malas hendak cakap banyak. Sepanjang perjalanan,sang gadis tertidur. Sesudah memastikan sang gadis mula melelapkan mata, Khairil mula meneruskan rencana. Sudah lama menanti, dendam harus dibalas !


Kereta yang dipandu diberhentikan di tepi jalan buat sementara. Syringe yang masih berisi darah sang pesakit yang didiagnoskan HIV +ve serta Hepatitis B dikeluarkan dari kocek baju yang ditinggalkan di tempat duduk belakang. Lengan si gadis mula disuntik lebihan darah tersebut. Laju; mengalir masuk melalui vena-vena, terus ke artery,jantung dan dipam ke seluruh badan. Puas, Khairil senyum sambil megomel sendirian.
" Sayang, ini special untuk kau. Aku taknak kau mati lagi. Aku nak kau merana macamana aku sekarang. Aku taknak lelaki lain merana jugak macam aku sayang. Harap kau suka ye sayang. Lepas ni,mesti kau taubat. "
Usai, kereta dipandu laju memecah keheningan malam kembali ke apartment si gadis.

*************************************************************

Khairil dari jauh memerhatikan susuk tubuh yang tidak asing darinya. Benar kata sang rakan, tak semua wanita boleh dipercayai. Bukan sekali, namun sudah berkali-kali Khairil terserempak dengan si gadis yang disayangi bermesara dengan lelaki lain di belakangnya. Harta dan kasih sayang yang ditaburkan masih tidak mampu membuatkan kekasih hati jujur dan setia. Teguran cuma mampu bertahan sebulan cuma. Selepas itu, si gadis mula mencari jantan baru. Ah,dasar perempuan mata duitan! Bagi Khairil, sudah tidak wujud lagi perkataan setia dan sayang baginya. Semuanya sudah terpadam dalam kamus hidup Khairil. Sang gadis harus merana dek derita yang ditanggungnya. Ya, Harus. Dendam mula di bina, Hati mula merancang, Otak kembali ligat berfikir agar sang kekasih kembali menjadi miliknya yang mutlak. Agar sang gadis merasa kesakitan yang ditanggung. Hari demi hari, dendam semakin bertakhta.

No comments:

Post a Comment