Friday, December 9, 2011

Cikgu rasa tak?

Jam di perkarangan sekolah menunjukkan tepat pukul 9malam. Guru yang bertugas lebih dari masanya itu mula mencapai kereta yang dipakir di perkarangan sekolah untuk pulang ke destinasi. Guwa yang sedari tadi memandang dari jauh cuma mampu menunggu masa yang sesuai untuk meneruskan plan yang dah guwa fikirkan secara spontan itu. Tersenyum-senyum guwa mahu sudahkan tugasan.

Guru muda yang berumur dalam lingkungan 28tahun mula guwa rapati setelah kelihatan beliau tertongeek-tonggek memerhatikan tayar keretanya yang telah guwa pancitkan tadi. Kayu di genggaman erat guwa pegang dan seketika, kayu telah berada di kepala sang guru. Hayunan padu yang tepat mengenai mangsa telah membuatkan dirinya rebah seperti yang guwa jangkakan.

Lalu,guwa heret sang mangsa ke tempat selamat. Bilik seni yang sudah lama kosong itu guwa akan penuhi dengan hasil seni guwa nanti. hihihi

Hampir 15 minit menanti, sang guru masih kaku tidak membuka mata. Lalu,guwa ambil keputusan untuk simbah mukanya. Guwa ambil Sisa-sisa air cucian tangan sang pelajar yang guwa tadah pagi tadi. Sekali simbah, sang guru tersedar.

Lega. Sedar akhirnya. Guwa mulakan sapaan kepada sang guru yang mahu menjerit setelah didapati dirinya diikat kemas di salah satu tiang oleh guwa.
" Cikgu kenal guwa? guwa lah budak yang cikgu maki-maki depan public. Cikgu kenal budak kelas guwa? Depa la yang cikgu sering salahkan satu ketika dulu. Cikgu tahu dah berapa lama guwa sakit hati dengan cikgu? Cikgu jangan risau. Hari ni, guwa akan pastikan cikgu rasa macamana sakitnya hati guwa dan rakan-rakan. Kita rasa sama-sama ya cikgu? "

Langkah pertama guwa lakukan berhati-hati. Guwa ambil baldi dipenuhi jutaan serangga kerdil itu, lalu guwa lepaskan di kaki cikgu itu. 1,2,3 ! Berlari-lari sang serangga kerdil bewarna kemerah-merahan mendekati cikgu. Gigit sana sikit, Gigit sini sekit. Guwa gembira tengok cikgu nangis-nangis. Tapi, cikgu belum cukup sakit kan?

Langkah kedua, guwa susuli dengan sehiris potongan. Guwa fikir, mahu mulakan dengan kaki. Tapi, kasihan pula. Bagaimana cikgu mahu pulang. Lalu, guwa fikir, elok kiranya guwa habiskan bahagian jari jemari sahaja. Bahagian sebegitu, tak elok disimpan jika cikgu cuma tahu menulis benda-benda buruk pasal guwa. Satu.. Guwa putuskan. Dua, Guwa putuskan jua sehingga yang ke 10. Guwa kumpul semua, lalu pelekat atas satu kertas. Guwa nak buat dekorasi di bilik seni itu nanti.


Langkah seterusnya, guwa masukkan satu corong panjang dari hidung cikgu. Jolok-jolok, sampai ke perut. Dalam corong itu, Guwa taburkan magot-magot gemuk yang guwa kutip di tong sampah pagi semalam. Berlumba-lumba semuanya mahu memasuki lorong kecil itu. Cantik!

Lalu, guwa biarkan sang serangga mengajar cikgu. Rambut cikgu pula guwa tarik sehelai-sehelai. Sukar jua mahu putus. Pandai benar cikgu jaga rambut!

Tapi, atas daya usaha, hampir separuh rambut cikgu guwa kumpul-kumpul. Lalu, rerambut tersebut guwa lekatkan guna stapler di mulut cikgu. Ish, kiut! Guwa suka cikgu begitu. Lelehan cecair kemerehan semakin memenuhi ruang kosong tersebut menjadikan hasil seni yang guwa hasilkan lebih indah rupanya. Namun, guwa tak berhenti di situ sahaja.

1 jam kemudian, guwa sambung semula setelah guwa biarkan cikgu berehat. Agenda seterusnya, guwa mahukan cikgu lebih mendalami perasaan sakit yang guwa alami. Lalu, guwa toreh kulit di kedua-dua pehanya sedikit sedikit. Kulit-kulit yang kemerahan itu, guwa masukkan dalam satu bekas. Kulit itu bakal dihiaskan di dinding bilik seni itu nanti. Guwa lihat cikgu dah penat. Lalu, guwa tinggalkan cikgu di situ. menghabiskan sisa-sisa hidup yang ada. Namun, guwa yakin yang guwa sudah berbakti kepada sang kerengga dan magot-magot itu kerna telah memeberi mereka santapan yang teristimewa. Baikkan guwa?

No comments:

Post a Comment