Wednesday, December 14, 2011

January 2009 - Disember 2011

8kali bikin, baru boleh siap entri yang serius neh.

Mula-mula guwa ingat nak upload semua gambaq-gambaq kenangan guwa dari January 2009 sampai Disember 2011. Tapi guwa pikiaq semula..
' Perlu ka? Patot ka? Wajib ka? '
Lastly guwa ambik keputusan untuk simpan gambaq-gambaq kenangan untuk tatapan sendri jah.

1st January 2009
TAHUN 1, SEMESTER 1.
Guwa dan member semua didaftarkan sebagai pelajar Jurusan Kejururawatan tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia di Kolej Kejururawatan Pulau Pinang. Muka waktu mula-mula register, sumpah macam tenuk baq hang pasai majoritinya semuanya hadir sebab kena paksa dengan makpak depa termasuk guwa.

TAHUN 1, SEMESTER 2.
Waktu sem 1, tak semua pakat luluih. So, ada la yang kena repeat sem. Tapi xpa, hok yang balance still dok teroih pulun lagik. Sem 2 memang paling tough. Hang kena blajaq macam2 benda yang boleh buat hang bebai. Tapi, atas sebab sokongan kawan2, Sem 2 pakat boleh la go through.

TAHUN 2, SEMESTER 1.
Masuk sem 3, pakat kena pi baldi timba pengalaman kat wad orang branak nuh. Bayangkan hang baru setaon setengah bergiat dengan manusia2 luaq, tetiba hang kena pi sambot kelahiran anak orang. Sronok tuh memang sronok. Tapi, ketaq jugak la pasai dok main dengan nyawa anak orang. Silap gaya sket, kena plakung ngn bapak budak tuh. Pheww~ Neh time paling syoq la pi posting.

TAHUN 2, SEMESTER 2.
Sem 4 plak pakat kena pi klinik ibu dan anak. Dok pi timbang bebi lah, timbang mak bebi lah. Bagi ceramah kesihatan lah, macam2 lah. Ish, time neh pakat takmau2 dok crita kat guwa kata nak kawin cepat2 pasai nak branak. Guwa steady jah pasai guwa bukan buleh sangat dengan budak2 dok keriau neh. Rasa macam nak taboh jah. Tapi, nasib baik la ada sikit lagi naluri kasih sayang. Maw tidak, naya dah kanak2 tuh.

TAHUN 2, SEMESTER 1.
Time sem 5, kami kena plak dah pi postink tempat orang-orang gila nuh. Gila hang, guwa yang dok sedia gila neh lagi gila la woi. Tapi,pasai orang gila segak2 blaka, guwa rasa chill la sket. Bleh jugak jamu-jamu mata. Guwa balajaq banyak benda bila pi sana. Blajaq cara nak kejaq orang gila, nak pujuk orang gila, dll lah sampai 2minggu postink, guwa pon suku2 hampir gila. Namun, nasib lagik guwa kuat agama. Pheww~

TAHUN 2, SEMESTER 2.
Semester 6. Last sem dah nih. Time ne postink dalam dewan bedah. Syoq gila buleh tgok speacialist dok belah perot orang, dok belah jantung orang. Guwa tengok jantung, perut, hati, etc yang dok dalam badan neh real2 baq hang! Hang penah tengok semua tuh? Budak gomen macam guwa dan rakan2 jah yang boleh tengok. Hebat gila dak? Lagi, pakat pi posting di Jabatan kecemasan (A&E). Hoi, yang neh yang paling guwa suka pasai hang boleh suka hati cucuk pugkoq orang, sukahati pasang jarum buat nak boh ayaq kat tangan orang sesuka hati hang. Sekali hang boleh set line, hang akan set berkali2. Jadik gian baq hang. Sropa minah ganja lah bila dok postink tang tuh 2 minggu. Mai jah patient, pakat lawan serbu sropa gajah lapaq nasik. Gila jugak.

Tamat sesi posting di klinik dan wad..
Mai hujung2, musim exam la. Hoi, syoq bila dah habih jawab paper. Pakat dok merdeka sampai tak ingat dunia padahal ada lagi nuh paper hok nak kena jawab oi.

12th Disember 2011, two days before..
' Malam Seribu Kenangan 1/2009 ' Last day pakat2 nak be fun together pasai nak balik dromah dah. Event start pukoi 8pm. Kemas punya kemas, pukoi 2pagi baru habih. Waktu neh, guwa tengok budak2 group guwa bersatu padu nak perfectkan event buat 1st time in 3yrs. Sebak gila!

13th Disember 2011, yesterday..
Pagi selepas dinner, pakat mangkit tidoq lambat gila. Penat kot. Stadi haram dok padahal besoknya nak exam FINAL! Besa la tuh, geng2 guwa semua terer2 blaka. *smug

14th Disember 20011, today..
8:30am-11:30am. Time neh pakat dok perah otak gila dok jawab final paper. Hok mana nak kencing pon tahan dulu takot tak dan. Huih, memang gila la paper woi. Teketaq2 jawab. Yang lainq, redha jah padahal stadi bukan banyak mana pong. Memang super hebat la.

Habih exam, pakat semua ok pulun2 packing, pulun2 salam, pulun2 mintak maaf, pulun2 nangis. 3tahun dah ajaq guwa kami macam2 benda. Even group guwa memang kena pangkah gila dengan lect, penyelia, tukang sapu sampah, etc, kami tetap dok ketegaq lagu tuh jugak la. Tapi, pasai tuh la yang depa dok nak ingat kami lebih nanti. Kan2?

Seriously, i'll never forget every single time with those chicks. They thought me how to smile, how to react positively and how to be the most awesome me. Yet, they'll always be my FIRST.

LOVE,
ema yang super kiut, super awesome, super hebat dan super dalam semua benda. SEKIANG.

No comments:

Post a Comment