Thursday, February 23, 2012

Mimpi mampu jadi realiti

"Sial, sial, sial!
Meluat gila aku dengan dia sial!"
Yuniz kembali mengeluarkan cacian dan makian. Dia cuma mampu mengeluarkan kata-kata tersebut di dalam hati. Di simpan dalam-dalam dalam hatinya. Ah, sudah menjadi perkara biasa untuknya agar tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain. Semuanya akan kembali menyalahkannya.

Seperti biasa, apabila Yuniz marah-marah dan tidak berpuas hati kepada seseorang, dia akan melelapkan mata buat seketika. Ya, cuma di dalam mimpi dia mampu lakukan semuanya. Ya, semuanya. Mimpinya adalah tempat dia berimaginasi untuk membalas dendam dan melepaskan amarahnya. Hari ini, amarahnya ingin dilemparkan kepada sang kekasih hati yang dijumpai sedang berdua-duaan dengan seorang wanita. Benar, dia ingin membalas dendam. Mahu dilakukan di dunia realiti, takut pula dituduh penjenayah. Dia masih mahu membalas jasa kedua orang tuanya itu.

Matanya mula dipejam perlahan-lahan. Seketika, Yuniz telah berada di dalam dunia mimpinya. Imaginasi mula muncul...

Di satu lorong, kelihatan seorang wanita yang penuh dengan perasaan amarah mendekati seorang lelaki. Kayu besbol di tangan tidak disia-siakan. Hayunan kayu besbol yang padu memberikan pukulan yang cukup hebat di muka lelaki tersebut. Semakin kuat si lelaki meminta belas, semakin laju hayunan kayu itu diberikan. Tiga kali cuma, lelaki itu rebah. Diam. Kelihatan jari jemari masih bergerak-gerak. Minta disudahkan. Wanita itu masih tidak puas. Dia mahu lebih!

Kayu besbol dilemparkan ke tepi. Kini, sebilah pisau pemotong pula dipegangnya. Pisau itu didekatkan di jari jemari yang masih bergerak-gerak. Tinggi pisau itu di angkat. Dan, pap! satu tetakan tepat dikenakan di pergelangan tangan. Biar cacat! Tetakan kedua dan seterusnya dikenakan di kesemua anggota. Bahagian anterior dada juga dikenakan tetakan menggunakan pisau yang sama. Ah, bosan barangkali, pisau dicampak ke tepi. Kini, muncul pula tukul besi seberat lima kilogram di tangan wanita itu.

Hentak, hentak dan hentak. Kelihatan otak si lelaki berterabur di lorong gelap itu. Bau hanyir darah mengghairahkan si wanita. Serigala-serigala peliharaan mula dilepaskan. Berkeliaran sang serigala mengutip sisa daging yang bertaburan di lorong itu. Ada yang menggonggong kaki, lengan dan serpihan otak. Masing-masing mula menjalankan kerja pembersihan.

Usai, Yuniz mula tersedar dari mimpi. Tersenyum puas kerana dendamnya mampu dilunaskan. Dia ketawa geli hati mengenangkan keadaan tersebut.

Besoknya.. Yuniz terkesima apabila membaca keratan depan akhbar yang berada di meja kerjanya. Diamati gambar-gambar yang diambil oleh sang wartawan. Seprti dikenali. Dibaca pula sedikit ayat yang tertera. Nama mangsa memang dikenali. Tempat mangsa dijumpai juga seperti pernah di lawati. Yuniz pelik. Tergamam. Ah, mana mungkin mimpi mampu jadi realiti?

Tapi dalam diam, dia tersenyum. Mungkin mimpi mampu dibawa ke realiti.

2 comments:

  1. weyh..sabaq...sabaq....ingat duniawi weyh HAHA!!~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wes,dok sabaq laa neh. anon,do put your name.taktau nk mention hg apa.tenkiuu~

      Delete