Monday, August 15, 2011

Kau jujur?



Malam itu,si dia berpakaian kemas datang ke apartmen guwa.seperti biasa,setibanya dia di muka pintu,guwa peluk erat,kuat2,rapat serta menghadiahkan berjunam2 tikaman tepat di bahagian nadi carotidnya;tempat kegemaran guwa.rebah,jatuh sambil menggelupur.guwa sempat menghadiahkan senyuman terakhir,buat buah tangan untuk dia ke sana nanti.

Usai menjunamkan tikaman di nadi carotid,guwa mula mencari-cari arteri yg sesuai untuk guwa benamkan mata pisau guwa.pisau murah ini,akan guwa benamkan di tempat yg termahal sekali.ya,bahagian arteri;salur darah terbesar yg mengangkut semua darah untuk mengalir ke serata tubuh badan.di situ,akan guwa semat kemas mata pisau itu.sebelumnya,sudah guwa lapik plastik.agar tak bertaburan darah di sekeliling nanti.ah,guwa bukan orang senang nak bersihkan benda2 kotor itu.

Tikaman pertama yg guwa lakukan,tepat mengenai arteri itu.guwa lihat,darah mula memancut2 tanda tidak sabar2 mahu keluar dari saluran itu.guwa biar sang darah memancut.lalu,guwa teruskan dengan aktiviti kedua;mengasingkan organ dalaman.tukul dicari dan pisau digenggam erat tanda sudah sedia.

3kali ketukan,mata pisau sudah terbenam tepat di dada.tarik ke bawah,dan ke bawah.tujahan ketiga guwa lakukan bermula dari trakea sehingga ke bahagian umbilical.guwa robek tulang belulang yg ada di bahagian dada itu.ah,menyukarkan kerja.hampir sejam guwa lakukan belahan.ya,guwa umpama surgeon di tempat sendiri.sejam kemudian,organ dalaman kelihatan.darah kemarahan menyukarkan kerja pengasingan.hampir 5botol air guwa gunakan untuk mencuci bahagian tersebut.usai,guwa mula rentap keluar hati,jantung,paru2 serta organ yg tertinggal.kosong.bahagian hati dan jantung guwa asingkan dalam bekas berlainan daripada organ2 lain.

Bahagian dada sudah guwa lunaskan.yg tinggal cuma kepala,kaki,tangan serta saki baki isi yg berlebihan.semua itu akan guwa bereskan malam ini juga.tidak mahu tertinggal walau secebis pun.guwa berlalu ke bahagian kepala.pertama,guwa asingkan kepala daripada badan.sukar untuk guwa lupuskan si dia nanti jika semuanya berada bersama2.bahagian mata,seperti selalu2,guwa masukkan ke dalam botol kaca.sudah menjadi tabiat untuk menjadikannya sebahagian daripada koleksi peribadi guwa.kaki,tangan dan bahagaian2 lain,guwa potong kecil2.berkat usaha dan ketekunan,guwa usai menceraikan semua bahagian halus2.1beg plastik hitam penuh guwa isi sisa2 tersebut.

Usai melakukan proses pemotongan serta pengasingan,guwa bawa semuanya bersama2 guwa.masuk ke dalam kereta,lalu guwa pecut laju ke rumah si dia.tempat penyimpanan air di bahgian atas,guwa panjat.kepenatan guwa berhasil.bahagian yg guwa ceraikan halus2 tadi,semuanya guwa buang ke dalam sana.ya,sisa darah yg melekat memenuhi tempat simpanan air.kemerahan.guwa pasti semua akan terkejut menjelang pagi.hahaha!.manakala,bahagian kepala,guwa lunaskan di dalam loji kumbahan berdekatan.

Organ dalaman yg guwa asingkan tadi,guwa letak betul dihadapan rumah si perempuan dengan nota kecil terselit;
'INI KAU PUNYA.KITA TAKKAN BEREBUT LAGI.BESOK MUNGKIN KAU PULA.PASTIKAN KAU SEDIAKAN TEMPAT UNTUK BERSEMADI AGAR AKU BOLEH TUNAIKAN PERMINTAAN TERAKHIR KAU.'

*******************************************

Gambar2 itu dilempar tepat ke arah ema.dicapainya,lalu dipandang gambar2 itu.kelihatan,kekasih hati yg disayangi bersama dengan seseorang.seseorang yang cukup dikenalinya.ya,rakan sekelasnya dahulu.entah apa salahnya sehingga ditipu sebegitu.ditipu dengan rakan sekelas sendiri pula.

Semakin hari,hatinya semakin sakit dengan permainan si dia.berpura seperti tiada apa yg terjadi.hakikatnya,si gadis merana.keikhlasan dan kesabarannya diuji lagi.bukan sekali,tapi berkali2.dulu,ema masih mampu bersabar,namun sekarang tidak lagi.dia tidak mahu menjadi lemah seperti ibunya dahulu.diperlakukan seperti boneka oleh bapanya setelah bapanya mendapat isteri baru.pukulan dan sepakan adalah makan harian ibunya.baginya,bapanya adalah manusia bertopengkan binatang.lama ema ambil masa untuk mengubat fobianya terhadap lelaki.namun,kini fobianya kembali menyinar semula.menggamit memori dahulu.ya,semuanya harus dihentikan.

Malam itu,dia nekad untuk hentikan semuanya.yang salah harus dihukum.dia sudah berfikir mahu mecerai2kan si dia sepenuh hati.biar si dia tercerai seperti mana tercerainya hati si ema.

No comments:

Post a Comment