Friday, August 5, 2011

Markonah yg menepati masa

Tengahari itu,selepas mengambil makanan tengahari,markonah terus mencapai uniform jururawatnya untuk diseterika.hari itu,markonah bekerja pada shift petang.walaupun malas,markonah tetap menyiapkan dirinya untuk ke tempat kerja.bekerja di bahagian Accident And Emergency (A&E) amat mencabar bagi markonah kerana setiap hari beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai jenis pesakit dengan bermacam2 kes yg tidak diduga.tapi,apakan daya,markonah suka bekerja di bahagian itu.

Petang itu,markonah ke tempat kerjanya seperti biasa dan menjalankan tugas yg luar biasa seperti hari2 biasa kerana markonah sudah biasa berhadapan dengan kes2 yg luar biasa itu.

Kisah bermula apabila jam mencecah jam 6petang.hari itu,jabatan A&E sedikit lengang.tidak banyak kes2 yg memerlukan rawatan kecemasan seperti selalu,maka,Syarikat Rashidon Aircond and services diminta datang ke jabatan A&E tempat markonah bekerja untuk melakukan pembersihan penghawa dingin secara berkala.Markonah lihat,ada 2 orang pekerja bangsa cina yg ditugaskan untuk mencuci penghawa dingin tersebut.seorang pendek dan seorang lagi tinggi lampai orangnya.maka,si tinggi telah ditugaskan unutk mencuci penghawa dingin tersebut.tangga dicapai dan dipanjat.setapak demi setapak,dia melangkah memanjat tangga tersebut unutk mencapai penghawa dingin yg tak kurang tingginya.sempat markonah menjerit;'cepat sikit ye.takut nanti patient admit pulak.saya tak boleh lambat2 neh'.jeritan markonah dibalas dengan kata2 konpiden;'okey misi.ini dalam 10minit wa kasi siap!'

Kerja pembersihan dilakukan.penutup penghawa dingin ditanggalkan.markonah lihat,penghawa dingin itu berpusing laju.seram markonah.lalu,si pendek ditugaskan untuk mematikan suis penghawa dingin.2minit kemudian,penghawa dingin tersebut berhenti secara sepenuhnya.si tinggi lampai mula menjalankan tugas pembersihan.cuci,bersih,lap,cuci,dan bersih.

Kerja2 tersebut berjalan hampir lima belas minit.lama benar.markonah yg amat mementingkan ketepatan masa sudah tidak boleh bersabar.sekali lagi markonah menjerit.'ini bila maw siap?.u kata 10minit ja'.sang tinggi lampai yg khusyuk dengan kerjanya tidak menghiraukan jeritan markonah di bawah.dia cuci,lap dan cuci lagi.markonah yg mementingkan ketepatan masa itu terus berlalu pergi meninggalkan si tinggi lampai dengan kerjanya.sambil berjalan pergi,markonah sempat mengomel;
haih,apa yg lama betei.meluat betei.nak kena pakai cara lama lagi le neh.meluat betei.haihh....
Berjalan dan berjalan,markonah menuju ke suis penghawa dingin yg berada di luar.markonah pasang semula plug dan tup!;markonah on kembali suis nya.lalu,sang penghawa dingin menjalankan tugas seperti biasa.berputar sambil berputar.laju benar kali ini berputar.

Tak semena2,terdengar jeritan dari dalam.markonah cuma mampu menggeleng.'apa ntoh jerit2.macam tak biase..'Markonah kembali pulang ke tempat kejadian.kelihatan,sang penghawa dingin berputar sambil mengenakan putaran secara padu ke atas bahagian kepala si tinggi lampai.berkeceramuklah segala isi2 dari kepala.di sana sini terdapat serpihan otak manusia tersebut.markonah yg sudah biasa dengan situasi tersebut segera mendapatkan plastik dan mula mengutip sisa2 yg bertaburan di lantai.
'haih,2 lah.tak punctual lagik.kan dah dapat balasan.xpalah,lagipun daging segar macamneh tak elok membazir.boleh masak untuk berbuka besok neh'
.Markonah terus kutip dan kutip lagi tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan sekeliling.

No comments:

Post a Comment