Tuesday, August 2, 2011

Si penjual sate



Awal2 pagi itu,pak khairil sudah menyediakan bahan2 untuk dia berniaga di malam hari.pasar malam di simpang itu sering dijadikan tempat dia menjual niagaannya.sekali dia membuka gerai,berpusu2 orang yg datang mengerumuni.pak khairil amat dikenali ramai di kawasan pasar malam itu.jualannya setiap malam mencecah ratusan ringgit.

Sesudah subuh,pak khairil memulakan modus operandinya untuk menyembelih haiwan ternakan.ya,sebagai penjual sate terkemuka,pak khairil lebih gemar menggunakan haiwan ternakan sendiri.lebih bermutu dan dapat menjimatkan kos.begitulah kerja seharian pak khairil apabila tiba hari pasar malam;menyembelih haiwan ternakan untuk dijadikan bahan untuk dibuat sate untuk dijual pada malam nanti.

Haiwan ternakannya banyak bilangannya.setiap hujung minggu,pak khairil akan keluar ke bandar untuk mendapatkan haiwan ternakan.ya,kawasan pasar pagi akan menjadi tumpuannya terlebih dahulu kerana di situ,haiwan2nya gemuk2 belaka.pak khairil terkam,tangkap,dan terus masukkan ke dalam guni untuk dibawa pulang kerumah.haiwan itu akan digunakan apabila tiba hari pasar malam di simpang berdekatan rumahnya.

Berbalik kepada kisah pagi tadi,maka,haiwan ternakan itu terus disembelih oleh pak khairil setelah melakukan proses pemilihan secara berperingkat.hanya haiwan yg gemuk dan cukup matang sahaja akan disembelih untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan satenya itu.

Proses penyembelihan bermula..
Haiwan ternakan pak khairil dilentangkan di atas papan pemotong.seperti biasa,disembelih dahulu supaya tidak mengganggu proses melapah nanti.maka,kaki dan tangan si haiwan dipakukan di atas papan pemotong untuk memudahkan kerja.sambil mendendangkan lagu peberet pak khairil,proses penyembelihan bermula..

Proses melapah kulit si haiwan dilakukan.kulit2 harus dibuang terlebih dahulu agar tidak menyusahkan para penggemar sate pak khairil untuk menyantapnya kemudian.setelah usai melapah kulit,si haiwan di potong kepada beberapa bahagian kecil.bahagian2 seperti kepala,kaki,tangan,ekor dibuang kerana bahagian tersebut tidak mempunyai isi untuk dijadikan bahan utama dalam pembikinan sate nanti.tulang2 si haiwan diceraikan daripada sang badan.usai,si haiwan dicuci sebersihnya dan dipotong halus2 untuk dicucukkan ke batang lidi nanti.

Mak ma pula,isteri kepada pak khairil akan mengambil tugas untuk melarutkan garam serta kunyit dan bahan2 perasa lain ke atas bahan utamanya itu.kira2 jam lima petang,proses penyediaan bahan utama selesai.maka,sang suami isteri terus memecut motosikal kesayangan menuju ke kawasan simpang itu.mahu menjual sate.weeehuee!

Begitulah tugas seharian sang suami isteri.setiap malam pasar malam,akan bertungkus lumus menyediakan sate peberet orang ramai.di hujung minggu pula,sang suami akan turun ke bandar mencari bahan utama.maka,bertempiaranlah sang haiwan apabila melihat kelibat pak khairil datang ke pasar pagi itu.

Di satu sudut,kelihatan sekumpulan haiwan bertekak mengenai nasib yg dihadapi mereka.guwa,sebagai sang haiwan yg menjadi mangsa cuma mampu shit dalam hati sambil mengomel;'APAKAN DAYA,SUDAH TAKDIR GUWA DILAHIRKAN SEBAGAI SEEKOR KUCING YG BERWIBAWA.HARUS BERKHIDMAT DEMI KEBAHAGIAAN MASYARAKAT'





WRITERS SAYS: ANDA YAKIN SATE YG ANDA BELI DI PASAR MALAM ITU DIPERBUAT DARIPADA ISI AYAM/DAGING? ATAU MUNGKIN TIDAK? SIAPA TAHU? ANDA TAHU? CUMA SI PEMBUAT SATE YG TAHU. OUH,KIUT BENER KUCING2 DI ATAS.MUNGKIN ANDA TIDAK SANGGUP MEMBUNUHNYA UTK DIJADIKAN BAHAN MAKANAN.TAPI,BAGI INDIVIDU LAIN,MUNGKIN MEREKA SANGGUP. DAN SIAPA SANGKA ANDA ADALAH SI PEMAKAN SATE KUCING YG KAMI CARI2.WEEEHUE!

No comments:

Post a Comment