Saturday, September 3, 2011

Amzar dan kuku

Pagi itu seperti biasa,kedengaran sayup2 dari rumah mak miah jeritan sang anak kecil meraung2 meminta simpati. Namun,esakan demi esakan tidak diendahkan. Ajaran harus diberi kepada anak sekecil itu. Semuanya untuk kebaikan anak itu sendiri.

Di satu sudut,amzar;seorang kanak2 kecil yang baru berusia 4tahun duduk melenggu mengenang nasib. Kelihatan,kedua dua belah tangan kerdilnya dibalut kemas oleh perca2 kain dan diikat ketat oleh sang ibu di tiang rumah yang agak uzur.


Masih teringat lagi sang ibu akan nasihat doktor sewaktu dibawanya amzar ke klinik berdekatan dengan rumah.
'Saya akan rujuk anak puan ke bahagian psikologi.Maaf,bukan saya katakan anak puan tidak waras,tapi kami cuma mahu mencari penyelesaian kepada masalah anak puan. Ya,gemar menggigit kuku sehinggakan dari xray yg kami lakukan,kami dapati terdapat banyak benda asing di dalam badannya yg boleh membawa kepada jangkitan kuman. Anak puan juga seperti sudah tidak mempunyai deria sakit terhadap bahagian jarinya yang digigit setiap hari'

******************************************************************

Amzar;seorang kanak2 bawahan umur yg mempunyai tabiat menggigit kuku sehingga terpaksa dirujuk di bahagian psikologi. Bahagian kukunya habis diratahnya sehinggakan melampaui batasan ke bahagian jarinya pula. Sensori2 sakit yang sepatutnya berfungsi kini sudah mati akibat tabiat amzar yang sedari kecil. Mahupun ketika tidur,amzar tidak pernah melepaskan tabiat buruknya itu.

Sekarang,amzar sudah berusia 18tahun,namun tabiatnya masih serupa. Jika dahulu,ibunya sering melarang,namun sekarang tidak lagi. Bebelan dan pukulan ibunya sudah tiada sejak ibunya pergi menghadap Illahi beberapa tahun lalu. Sekarang,amzar bebas melakukan apa sahaja.

Malam itu seperti biasa,dia memulakan kerjanya. Kerja yg harus dilakukan. Kerja wajibnya. Kenalan barunya diajak berjumpa. Ah,sudah beberapa minggu rasanya amzar tidak melunaskan tabiatnya itu. Gian,dia semakin gian. Kuku merupakan makanannya. Pelik,tapi benar. Seperti selalu,teman barunya diajak makan malam di sebuah restoren sebelum dibawa pulang untuk dijadikan lauknya malam ini. Ah,mudah sahaja untuk mengenakan perempuan di zaman sekarang,asalkan berduit,kemana sahaja mahu dituruti.

Usai makan,mangsa dibawa ke rumahnya. Sang mangsa yg dijanjikan wang beratus ratus ringgit mengikut tanpa sebarang bantahan. Operasi pertama bermula.Mangsa ditidurkan dengan rela hati. Maka,bermulalah kerja amzar sedari situ.

Tubuh mangsanya diletakkan betul2 di atas katil yg cuma dilapikkan dengan hamparan plastik dan kayu. Bahagian kegemaran amzar dipotong satu persatu. Bermula dari ibu jari sehingga ke jari kelingking. Usai,dicuci dan dimasukkan ke dalam plastik dan diletakkan di dalam peti sejuk yg dikhaskan untuk bahagian kegemarannya itu. Kesegaran harus dikekalkan bagi megelakkan ianya mudah menjadi reput dan busuk.bukan mudah untuk menjalankan operasi. Amzar memerlukan masa berjam2 semata2 mahu mendapatkan beberapa potong jari. Ah,sudah terfikir olehnya mahu dijadikan sup. Sedap!

Kesan ubat tidur yg masih bersisa mengejutkan si mangsa.tubuh mula meronta2 akibat respon sakit yg deberikan. Namun,amzar tidak cepat melatah.awal2 lagi sudah diikatnya sang mangsa dengan kemas. Ya,kemas sepertimana ibunya mengikatnya sewaktu kecil dahulu. Lama amzar tunggu mangsanya sedar. Ya,dia mahu mangsanya waras ketika upacara dijalankan. Dia mahu mangsanya sedar bagaimana nyawa mereka akan dicabut secara perlahan2.


Seterusnya,apabila sang mangsa sudah sedar secara sepenuhnya,amzar mula melapah kulit si mangsa. Buang segala kekotoran yg melekat pada tubuh hina mereka. Mereka harus dicuci sebersih bersihnya sebelum dihantar ke sana nanti. Clorox yg dibeli seawal pagi tadi dituangnya sebotol habis. Jeritan dan laungan merupakan muzik indah bagi amzar. Ya,kerja harus dilakukan secepat mungkin. Amzar sudah tidak sabar lagi mahu menikmati santapannya. Mukanya melonjak2 gembira memikirkan santapannya.

Mangsa kelihatan sudah tidak menjerit2 lagi. Ah,hilang feel amzar mahu meneruskan modus operandinya. Namun,tak elok melakukan kerja sekerat jalan. Lalu,amzar ceraikan bahagian isi dari badan dan tulang. Bahagian organ2 diasingkan begitu jua dengan bahagian isi. Tulang2 mahu dijadikan sup untuk amzar berniaga petang besok di bazar. Oh,sedapnya sup tulang di bazar! Manakala,bahagian isi akan disedekahkan kepada fakir2 miskin dan kepada masjid berdekatan rumah. Baikkan amzar?

Beberapa jam kemudian,amzar berehat kepenatan. Sudah melakukan sesi siat menyiat. Amzar kemudian ke dapur mendapatkan jari jemari kegemaran. Direbusnya dengan api sederhana dan dimasukkan bahan2 perencah untuk dibuat sup. Aummm! Itulah santapan sahurnya pagi ini. Satu persatu jari jemari diratahnya rakus. Bahagian hujung yg bersisa kuku diasingkan. Itu akan dijadikan jen2 apabila dia mahu menonton cerekarama malam nanti. Sedap!

Seminggu sekali,pasti amzar akan mencari mangsa baru. Ya,si penggila kuku itu memang gila. Bermula dari tabiat kecil yg suka menggigit kuku,sehinggalah ke besar. Tabiatnya tak dapat diubah. Walaupun begitu,amzar tetap mencari rezeki yg halal dengan menjual sup gear box di bazar,menderma daging2 kepada masjid dan fakir2 miskin dan menghapuskan dosa kepada si gadis2 hina. Baikkan amzar?

WRITERS SAYS;SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI 1432H.GUWA SECARA OFFICIAL NAK MINTAK MAAP KALAU2 ADA BUAT SALAH.TAPI,GUWA YAKIN YG GUWA TAKDA SALAH DENGAN HAMPA.SEKIAN

No comments:

Post a Comment