Tuesday, September 13, 2011

parkir

Awal pagi itu guwa dah bersedia menanti di atas jejantas yang disediakan untuk menyeberangi jalanraya ke seberang sana. Namun bagi guwa,jejantas adalah tempat untuk melepakkan diri sambil menghilangkan kebosanan dan kekecewaan serta kemarahan. Dapat melihat jutaan kenderaan yang lalu lalang dapat menenangkan hati guwa sebagai manusia. Ya,guwa fikir guwa normal begitu.

Di tangan guwa telah guwa genggam sebotol tin minuman ringan yang guwa belikan malam semalam. Fikirnya,dendam harus dilunaskan pagi ini jua sebelum guwa memulakan hari2 yang mendatang.

*******************************************************************


Satria hitam yg berplat PGV3367 itu dipandu laju dan segera memakir kereta di tempat parkir yg ditemui. Kelihatan,seorang wanita mendengus kasar dari belakang. Sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku kepadanya. Penat ditunggu tempat parkir itu,namun,yang lain pula yang datang memakir. Bukan senang untuk mencari parkir di kawasan sesibuk itu. Si wanita cuma mampu shit dalam hati sambil berlalu pergi mencari tempat parkir seterusnya. Akibatnya,hampir setiap hari dia terlewat masuk kerja dan mendapat makian secara percuma oleh si atasan seawal2 pagi. Akhirnya,diambil keputusan untuk tidak terus menerus membiarkan perkara tersebut berlaku lagi.yang salah harus dihukum. Like Earl always said;when you do wrong,the wrong comes back to you. Ya,dia harus menjadi si karma kepada pemilik satria hitam berplat PGV3367 itu. Nekad.

*************************************************************

Dua minit kemudian,kelihatan jauh dari sana,satria hitam berplat PGV3367 itu menderu laju menghampiri kawasan jejantas di mana menjadi tempat guwa berdiri. Guwa senyum sambil pegang erat tin minuman. Semakin dekat,dekat dan dekat lagi. Serta merta,dengan menggunakan tenaga padu kuasa tangan yang ada,guwa lambung tin tersebut,tangkap dan baling tepat menuju ke arah cermin hadapan satria hitam berplat PGV3367 itu.



Ya,balingan mengena. Tak sia2 guwa main rounders dahulu. Guwa lihat kereta hilang arah tujuan dan merempuh penghadang jalanraya berkat balingan tin guwa. Laju guwa bergegas mendapatkan kereta tadi. Mahu jua guwa periksa samada karma guwa menjadi atau tidak. Guwa lihat,si pemandu satria hitam berplat PGV3367 terbeliak matanya. Guwa dapat lihat isi perut bersatu padu secara langsungnya namun,sedikit terganggu disebabkan terdapat beberapa batang besi penghadang jalan yang berada tepat di bahagian abdomen yang merodok isi perut keluar terburai2. Kakinya yang gemar menekal pedal minyak hancur berkecil hinggakan guwa konfius untuk mengenalpasti samada itu kaki mahupun tangan.

Dua minit cuma,guwa mula berlalu pergi sambil mendapatkan kembali tin minuman ringan guwa. Mahal guwa beli,takkan pula guwa mahu tinggalkan basi di situ. Elok juga guwa santap mengilangkan kepenatan tadi. Lega,selepas ini tiada lagi kes2 lambat ke tempat kerja. Tiada lagi makian dan cacian dari pihak atasan dan tiada juga satria hitam berplat PGV3367 yang gemar megambil parkir guwa secara terang terangan. Semakin jauh dan jauh guwa berlalu pergi sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment