Saturday, July 30, 2011

Bersatu

Malam itu malam ahad.guwa duduk sendirian dan merenung nasib.guwa teringat adegan pagi tadi di mana guwa terpaksa ditinggalkan oleh si kekasih akibat alasan;'SAYANG,DARJAT KITA TAK SAMA.MAAF..'

Ya,guwa anak berada.punya harta berjuta2,punya duit beriban2.namun,kekayaan guwa tidak memberikan apa2 makna apabila guwa tak mampu mendapat kebahagiaan.abg guwa pernah berkata;'DEK,KAU TAKKAN DAPAT KEBAHAGIAAN ITU DENGAN IKHLAS,HATI KAU TAKKAN SAMA DENGAN MEREKA'

Ah,salahkah jika guwa punya harta?.guwa cuma mahukan kebahagiaan.itu sahaja.akhirnya,guwa nekad ambil keputusan untuk buang segala harta,dengan harapan,guwa akan dapat kebahagiaan yg guwa cari2 itu.

Malam itu,guwa ambil keputusan nekad.nekad untuk tinggalkan semua itu.guwa mahu bersama si dia kekasih hati.guwa janji,sehening besok,darjat kita akan sama sayang..

Beberapa ketika,kereta yg guwa pandu,guwa parkir di hadapan rumahnya,guwa ketuk pintu rumahnya bertalu2.serabot mukanya dihadapan pintu.terkejut dengan kedatangan guwa.guwa serbu masuk tanpa dipelawa.lantas,guwa keluarkan pisau,terus guwa benamkan tepat ke abdomennya.tikam,tikam,dan tikam lagi.

Seketika,guwa perhatikan si kekasih hati sudah tidak menyedut sebarang oksigen lagi.sayu guwa melihat si dia begitu.tapi,apakan daya,guwa mahu bersamnya.guwa mahu hatinya menjadi milik guwa seorang.guwa mahu hati kami sentiasa bersatu buat selama2 nya.

Lantas,guwa heret si kekasih yg disayangi ke satu sudut.rakus,guwa koyakkan bajunya.guwa lihat bahagian hati itu.guwa cari tukul serta pisau pemotong untuk guwa jadikan alat pembedahan.

Tap,tap,tap...
Bahagian dadanya guwa tukulkan.guwa dengar bunyi tulang2 rangkanya patah.ya,guwa semakin hampir untuk mendapatkan hati itu.semakin hampir.laju dan laju guwa tukulkan.robek dan terus merobek.ah,banyak darah yg mengalir.kasihan si dia;terpaksa berkorban demi cinta dan kasih sayang guwa.darah kemerahan guwa tak bazirkan.guwa tadah di dalam mangkuk itu.hampir separuh tubuhnya guwa robekkan sehingga guwa terjumpa sesuatu yg dicari2.

Ya,sang hati..
Rakus,guwa rentap keluar hati itu.guwa lihat,badannya hampir hancur dikerjakan guwa.
guwa lihat jorannya ada di satu sudut lagi.guwa berlari capai tali joran itu dan menjahit kembali tubuhnya yg rabak.kali terakhir guwa pandang si kekasih sebelum membawa hati itu pergi dan berkata padanya..

'Sayang,kau nampak sempurna.cantik kan jahitan aku?.maaf,hati kau aku ambil ye.aku janji,lepas ni,hati kita akan bersama selamanya'

Aku bawa pulang hatinya ke rumah.lalu,aku terus cincang2 hati itu.aku goreng bersama2 dengan bawang besar dan cili kering.malam itu,aku jadikan hatinya sebagai santapan bersama2 dengan si darah merah yg aku gabungkan bersama ais beku.lebihan itu aku jadikan aiskrim malaysia untuk disantap keesokan hari.orang kata,makanan kita akan jadi darah daging kita.aku yakin,lepas ni,hati si kekasih akan jadi separuh daripada diri aku..

'Sayang,kan aku dah kata hati kita akan bersatu?'

2 comments: