Saturday, November 12, 2011

Famili

"Bapaku polang dari kerja,bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,boleh ku bawa ke sekolah.."

"Bapa suka? Yuniz pon suka. hihi"


Tukul seberat 5kg itu dihepas berkali2 tepat mengenai tulang frontal kepala si bapa. Menjadikan darah memancut keluar tanpa henti. Yuniz kelihatan gembira. Tersenyum, sambil tukul dihempas lagi ke sasaran yang sama buat kali yang entah keberapa. Usai dilihatnya isi dalaman terkeluar, di capainya pula pisau potong sayur sang ibu. Didekatinya si ibu dengan penuh senyuman.

"Ibu sayang Yuniz? Ibu, sayang x? Bu,jawab la! Bu!! Kenapa taknak jawab! Bu tak sayang Yuniz eh? sampai hati!!! "

Sang pisau yang hampir tumpul pula menjadi modal si anak kecil melepaskan amarah. Sang ibu yang sedari tadi diikat di kaki meja dan ditutupi mulut cuma mampu menjerit lemah melaung2 minta dilepaskan. Namun, tiada lagi perasaan belas kasihat. Tangan si ibu dilapah satu persatu. Urat-urat besar yang mampu dicapai dikerat perlahan-lahan. Mata pisau ditarik disorong perlahan-lahan. Sekali lagi tragedi berdarah berlaku. Bau hanyir darah menaikkan amarah si anak kecil. Usai disiat tangan, bahagian abdomen menjadi sasaran kedua. Mata pisau yang tumpul dihunus seperti pendekar yang sering dilihatnya di kaca telivisyen. Cucuk,tarik,cucuk,tarik. Lunyai kelihatan isi perut sang ibu. Puas; ditinggalkan sang ibu yang hampir dipaut nyawanya oleh sang malaikat yang ditugaskan.

Tugas belum berakhir. Si anak kecil duduk di kerusi kayu di bahagian ruang tamu. Menunggu ketibaan sang abang. 2o minit cuma, si abang pulang ke rumah. Perlahan si anak menyorok di tepi pintu.

"KREKK..KREKKK"

Kedengaran bunyi pintu dikuak. Sang abang mula melangkah masuk. Si anak yang sedari tadi menunggu terus menerkam si abang yang baru pulang entah dari mana. Terkaman dari belakang mengejutkan si abang. Si anak kecil dilemparnya ketepi. Jatuh tertiarap. Kelihatan ada cecair pekat kemerahan di situ. Namun, sebelum dilempar jauh ke tepi, Si anak sempat membenamkan pisau yang digunakan untuk sang ibu tepat di lahir sang abang.

Senyuman terukir di bibir sang anak. Sang abang kelihatan menggelupur menahan sakit. Situasi berdarah ketiga terjadi lagi. Sang anak mula mendekati.

"Abang Man sakit? Yuniz mintak maaf okay. Yuniz cuma taknak kita sama2 sakit. Bye2 Abang Man!"


Pisau yang masih terbenam dikeluarkan dari vena jugular. Gergaji yang dicapai dari almari belakang rumah digunakan untuk tugas ketiga. Kelaran pertama di mulakan dari tangan. Semahunya, semua bahagian badan mahu di putuskan setiap satu darinya. Dia benci melihat semuanya. Namun, apa kudrat anak sekecilnya itu. Lalu,selarat yang mungkin sahaja dilakukan. Itu juga sudah mencukupi. Dikumpulkan semuanya di satu sudut. Kelihatan cantik hasil tangan anak kerdil seusia 11tahun itu.

************************************************************

"Lompat si katak lompat.
Lompat lah tinggi-tinggi.
Cepatlah adik cepat, cepat bangun pagi-pagi.."

Itu semua perkara 3 tahun lalu. Sewaktu Yuniz masih berusia 6tahun. Ditatang penuh sang anak. Disayangi nya sang anak yng baru mula mengenal dunia. Namun, Sejak pak Khalid mula diberhentikan kerja, semuannya berubah. Keluarga mula porak peranda akibat beban hutang. Yuniz dijadikan bahan amarah sang ibu dan bapa. Pukulan dan sepakan adalah makanan utamanya.

Sang abang yang terpaksa diberhentikan sekolah mula bercampul gaul dengan anak-anak muda yang nakal. Yuniz dijadikan bahan pemuas nafsu. Entah apa dosa si anak yang baru mahu mengenal dunia.

Namun, sekarang sudah tidak lagi. Di benci mendengar cerita rakan-rakan yang sering menceritakan kebahagiaan keluarga masing-masing. Dia cuma anak kecil yang punyai rasa cemburu seperti yang lain. Beberapa hari difikirkannya. Malam itu juga Yuniz ambil keputusan. Semuanya harus ditamatkan.

Tujuannya; menyucikan dosa.

No comments:

Post a Comment