Friday, November 18, 2011

Korban

Kertas-kertas yang dilempar satu persatu ke muka Pensyarah kolej tajaan sepenuhnya oleh kerajaan itu bertaburan di lantai. Itu tanda pelajar-pelajarnya nya menunjukkan tanda puas hati mereka.

Keputusan peperiksaan yang diperolehi dengan cemerlang itu menjadikan para penuntut menjadi lebih berani untuk melakukan perkara di luar dugaan. Kata-kata sang pensyarah yang sering memperlekehkan para penuntut menjadikan mereka bertindak liar. Pernah sekali mereka dimalukan di hadapan penuntut junior. Katanya ;
" Kalau hampa luluih paper final neh,salji laa sini.."
"Alah, depa neh tin kosong ja. Tadak akai !"
. Semuanya menjadikan para penuntut tahun akhir seramai 99 orang itu bertindak ganas.

Setiap penuntut dibenarkan melakukan aktiviti akupuntur di kawasan yang digemari. Alatan yang digunakan adalah jarum bersaiz 19G. Satu demi persatu penuntut menyiapkan aktiviti yang disusun oleh ketua program. Jarum yang diperolehi daripada ketua program dibenamkan tepat ke sudut yang digemari. Kelihatan bahagian muka menjadi sasaran utama. Jarum bersaiz 19G kelihatan indah berdiri di muka sang pensyarah. Cucuk, cucuk dan terus cucuk sehingga jarum ke 99.

Acara kedua adalah acara gores dan menang. Penuntut diminta menggores bahagian kaki atau tangan pensyarah dan mengenalpasti vena yang bewarna kuning keemasan. Jika ada,upacara ditamatkan. Vena kuning keemasan? Ah,wujudkan vena itu?. Penuntut pertama mula menggores. Objek yang digunakan; Garpu yang sudah suntuk usianya.


Tangan sang pensyarah dipilih untuk proses tersebut. Goresan pertama cuma mampu mencalarkan kulit tua si pensyarah. Namun,goresan kedua sedikit demi sedikit mula merobek kulit si tua itu dan isi mula kelihatan. Cairan pekat yang hanyir mula memenuhi setiap ruang apabila penuntut ke 99 mengambil alih. Gores,gores dan terus gores di segenap bahagian. Kelihatan serpihan isi bertaburan di lantai. Sedikit demi sedikit. Vena kuning keemasan yang dicari2 tidak kelihatan. Namun,sang penuntut tetap ceria bermain bersama vena2 lain. Hanyiran darah menjadikan pemangsa lebih ghairah membaham si mangsa. Rakus.

Kelihatan penuntut semakin ghairah. Upacara terpaksa ditamatkan dan penunut di minta pulang ke kamar peraduan masing-masing bagi mengelakkan komplikasi berikutnya.

Sang pensyarah tua yang kelihatan keletihan mula merayu-rayu meminta dilepaskan. Esakan dan tangisan menjadikan ketua program tersenyum sinis.
"Puan jangan risau, sebentar lagi puan akan dihantar ke atas sana.."
ngomel si ketua program sambil di tangannya tergenggam sebilah kapak serta pisau pemotong.

************************************************************

Usai menguruskan majlis, Guwa segera pulang ke kamar peraduan. Ah, guwa perlukan rehat yang cukup. Penat benar menyusun atur majlis sebentar tadi. Untuk berikan kepuasan kepada yang lain, seseorang harus berkorban. Lalu; Sang pensyarah tua itu guwa jadikan korban malam ini.

*Senyum

No comments:

Post a Comment