Thursday, July 21, 2011

jalan terakhir




malam itu,dia nekad memanjat bumbung asrama 4tingkat itu.bagaikan dipukau,tanpa berhenti,dia terus berjalan,berjalan tanpa henti sehingga ke penghujung.kini,cuma hati yg berfikir.tiada lagi kewarasan minda dalam kelakuan.

akhir penghujung,dirinya berasa seakan terbang di udara,terbuai2 bersama angin yg datang.tersenyum;tanda gembira,tanda puas.tidak sampai 2minit,badannya yg lengkap berpakaian t-shirt biru muda,mula bertukar warna kepada kemerah-merahan.bau hanyir darah mula menyelinap keserata tempat.

tup,penglihatannya gelap.tiada lagi sepoi2 angin yg dirasakan,tiada lagi terasa diawang-awangan,tiada juga kerisauan serta kebimbangan di dalam hati.yang ada cuma kegelapan yg mula menguasai diri.seminit cuma,roh meninggalkan jasad yg hina.di tangannya terselit helaian komik kegemarannya yg dikoyak 1bahagian.bahagian tersebut berbunyi...

Dunia ini untuk orang yg hendak hidup sahaja.Orang yg hidup tapi hatinya mati akan menyusahkan orang lain.

*************************************

di satu bahagian di dunia,terdengar bunyi gelak tawa.puas;gelak tawa yg datangnya dari sekujur tubuh mula memenuhi ruang gelap itu seraya berkata;
'anak adam itu berjaya aku sesatkan.selepas ini,nasib siapa pula?'

_end

No comments:

Post a Comment