Thursday, July 7, 2011

miah seekoq pet

Suatu ketika dahulu,di sebuah kampong,tinggal sepasang suami isteri yg mempunyai seorang anak perempuan yang bernama 'EMA'.walaupun baru berusia 5tahun,ema sangat menyayangi akan binatang.merengek2 lah si ema meminta ayahnya membeli seekoq pet untuk dipelihara.

maka,dibeli ayahnya seekoq ikan kapi jenama nike.selang beberapa hari,tamatlah riwayat ikan kapi itu akibat tidak mendapat sumber makanan yg secukupnya.sudah dasar kanak2,masih tidak dapat berfikir secara waras,maka diberinya ikan kapi kesayangan makan mekdi dan sambal petai seperti mana santapan si ema setiap hari.

menangislah ema tanpa jemu akibat kematian pet kesayangan.si ayah yang tidak sanggop melihat anak kesayangan menangis,terus mencari pet baru utk anaknya dgn harapan dapat memujuk hati anak yg lara.

petang itu,si ayah membawa pulang seekoq ayam katik sekatik ema.melonjak2 gembiralah si ema melihat haiwan peliharaan yg baru.akibat terlalu gembira terlonjak2,si ema terpenyek ayam katik yg tidak sampai minit tiba di rumahnya itu.maka,matilah ayam katik tersebut dalam keaadaan ngeri.namun,sebelum ayam katik tersebut menghembuskan nafas terakhir,si ayah sempat menyembelih ayam katik tersebut utk dijadikan santapan malam.elak membazir katanya.

menagis dan terus menangis lah si ema.si ayah yg bersimpati,berjanji membeli pet baru kepada si ema.maka,berhentilah menangis si ema.

petang itu,si ema yg mulus dan telus meminta kebenaran si ibu utk keluar bermain di padang berhampiran rumah.setelah mendapat kebenaran secara verbal dari si ibu,si ema terus mencapai baju 'tarzen dan jen' yg baru diminta ayahnya belikan dan keluar bermain2 seorang dirinya.

sedang berjalan2 menuju ke padang,si ema terdengar bunyi daripada salah sebuah belukar berdekatan.dipandang nya belukar tersebut,sunyi.maka,diteruskan perjalananya.

kressshhh,,kressshhh,,kreshhh..
sekali lagi bunyi itu datang dari belukar berdekatan.dasar kanak2 baru belajar,benda2 tersebut sudah menjadi perkara baru utk dipelajari.maka,didekatinya belukar tersebut.dekat;lebih dekat.lalu...

plingggg!!!
muncul seekoq kucen biru yg besaq berwarna biru serta pandai bercakap.ah,dan tak lupa jugak;boroi dan gumok.kucen tersebut bermonolong dalam bahasa bumi dan bertanyakan ema akan apa yg paling ingin dimilikinya.kanak2 polos itu menjawab;
"eee..guwa nk bela pet yg boleh tahan lama dan super kuat.bleh dak cik kucen tunaikan?"

maka,dipandanglah si ema yg berpakaian tarzen dan jen itu dengan senyuman dan ditunaikanlah permintaan si ema.hatta,tersedialah seekoq pet berwarna hijau kecil molek yg paling super awesome dan super kiut pernah dilihatnya.lalu,dgn super excited,diberilah nama akan pet itu oleh si ema akan;'MIAH'

dibawa pulang miah ke rumahnya dan ditunjukkan miah kepada si ibu.si ibu yg super terkejut terus menaboh telinga anaknya itu.
"binatang apa hang bawak balik neh?.p tauk balik kat tempat asai!"
sedu sedan,menangislah sang anak kerana dimarahi ibunya.apa salahnya membawa binatang utk dipelahara dan dijaga bagi membela nasib binatang tersebut.ah,ibu xpaham!

petang itu,pulang lah si ayah menaiki honda C70 memakir di hadapan rumah.berlari2 sang anak mendapatkan ayahnya.di bawa bersama miah bersamanya utk ditunjukkan kpd si ayah dgn harapan si ayah faham.

tak sempat turun daripada C70 nya,si ayah terus membawa miah ke satu tempat yg asing,jauh dari rumah.ah,dirampasnya miah dari tangan anak kecil yg masih tidak kenal akan perihal dunia dgn lajunya.1jam kemudian,si ayah kembali pulang.terus didapatkan anaknya itu.dipujuknya anaknya itu,maka si anak kembali ceria seperti biasa.

malam itu,si ayah bermonolog dgn si ibu..
ibu:pok hang bawak p tauk(buang)mana menatang tuh?.tak senonoh betoi budak ema neh!
ayah:mana lagik,aku bawak teroih p zoo nuh laa.haiwan tuh kt haiwan perlindungan.
si ibu mengangguk tanda mengerti.

di bilik,si ema cuma mampu melihat petnya yg sudah dibawa si ayah entah kemana di dalam gambar.sempat dia mencuri2 menangkap gambaq bersama miah menggunakan talipon bimbit milik kakaknya sebelum miah dibawa pergi jauh darinya.syahdu;si anak belai gambaq tersebut sehingga terlelap.di belakang sekeping gambaq itu,tertera satu tulisan comot anak kecil yg berbunyi...

MIAH DAN GUWA.HIKHIKHIK

P/S: okek,entri neh hundred and fifty % guwa muhonk.

2 comments:

  1. I dont really understand it :(

    ReplyDelete
  2. maybe u should take the malay dict and tried to transate all the words up there.or else,just ask your friend that was damnly good in malay.asked them to told u what are the things that the writers want to showed to public okay dear. (:

    ReplyDelete